Pelayar RSS

Sila ambil maklum bahawa halaman ini kebanyakannya mengandungi butiran teknikal bagi kebanyakan pengunjung. Walaubagaimanapun, kami (”Pasukan Portal JPA”) cuba menyampaikan mesej ini lebih mudah difahami oleh semua golongan pengguna.

Pembinaan Laman Web

Laman web Jabatan Perkhidmatan Awam (http://www.jpa.gov.my) dibangunkan secara dalaman (in-house development) di mana struktur antaramuka laman web ini direkabentuk agar mematuhi piawaian Hyper Text Mark-up Language (XHTML) 1.0 Transitional dan Cascading Style Sheets (CSS) selain daripada panduan yang disediakan oleh pihak MAMPU. Pembangunan juga mengambilkira kajian statistik pelayar tertinggi yang digunakan oleh pengunjung semasa mengakses laman ini.

Tujuan utama pembangunan ialah memastikan rekabentuk struktur antaramuka laman ini adalah sama tanpa mengambilkira jenis pelayar yang digunakan. Walaubagaimanapun, rekabentuk sebuah laman web bergantung kepada mesin pengguna itu sendiri seperti:

  • Sistem pengoperasian
  • Versi pelayar
  • Saiz skrin dan resolusi
  • Saiz tulisan (font) yang diset oleh pengguna
  • Pelbagai plug-ins yang dipasang

Penyesuaian Pelayar

Laman ini boleh dilayari dengan mana-mana pelayar moden yang boleh didapati secara percuma seperti Internet Explorer, Safari (Mac/Windows), Mozilla Firefox dan Google Chrome.

Maklumat Lanjut

Kemaskini: 20 Jun 2009

Terakhir dikemaskini Jun 21st, 2009 pada 6:32 pm