Bahagian Pembangunan Modal Insan RSS

Bahagian Pembangunan Modal Insan

  • Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan

    Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan

    En. Mohd. Tajudin bin Don
    tajudin.don@jpa.gov.my

    Perkhidmatan

    • Penolong Pegawai Daerah Pekan, Pahang (1980)
    • Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan Daerah Pekan, Pahang (1982)
    • Penolong Pengarah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (1984)
    • Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Pengangkutan Jalan, Kementerian Pengangkutan (1987)
    • Penasihat Kedutaan, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Kedutaan Besar Malaysia di Tokyo, Jepun (1998)
    • Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Dasar Pandang Ke Timur, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (2001)
    • Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (2004)
    • Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Khidmat Negara, Kementerian Pertahanan (2005)
    • Setiausaha Bahagian, Bahagian Kewangan, Kementerian Pertahanan (2007)
    • Pengarah, Bahagian Pembangunan Modal Insan, Jabatan Perkhidmatan Awam (2008)
  • Visi

    Peneraju Dalam Bidang Penajaan Untuk Pembangunan Sumber Manusia Sektor Awam dan Negara.

  • Misi

    Membangunkan sumber manusia yang kompeten untuk memenuhi keperluan strategik sektor awam dan Negara.

  • Objektif

    Memastikan keperluan sumber manusia yang berpengetahuan, terlatih dan kompeten untuk keperluan strategik sektor awam dan negara dipenuhi melalui dasar latihan dan program penajaan yang dinamik.

  • Fungsi

    • Merancang, menggubal dan menyelaras dasar-dasar dan program-program penajaan dan latihan.
    • Melaksanakan program-program penajaan dan program-program latihan berikut:-
      • Latihan Sebelum Perkhidmatan
      • Latihan Dalam Perkhidmatan
      • Dasar Pandang ke Timur
    • Mengurusetiakan proses pengiktirafan kelayakan untuk tujuan lantikan dalam perkhidmatan awam.
    • Mengurus kutipan balik pinjaman dan tuntutan gantirugi.
  • Piagam Pelanggan

    • Mengeluarkan surat tawaran penajaan kepada pelajar selepas tarikh tutup iklan dalam tempoh 12 minggu (60 hari)
    • Mengeluarkan keputusan permohohan Hadiah Latihan Persekutuan selepas tarikh akhir pencalonan dalam tempoh tiga minggu(21 hari)
    • Meluluskan permohonan pindaan syarat tajaan dalam tempoh 12 minggu (60 hari)
    • Menyediakan maklumat yang berkaitan dengan fungsi dan bidang tugas bahagian dalam tempoh - tempoh berikut :-
      • Penerangan / penjelasan mengenai dasar latihan dan penajaan: sepuluh hari (10 hari)
      • Jawapan kepada maklum balas berkaitan penajaan dan latihan kepada stakeholder serta kementerian / agensi lain: satu (1) minggu (tujuh hari) ; dan
      • Maklumat pengiktirafan kelayakan dua (2) minggu (14 hari) melalui pos atau 30 minit (kaunter)
    • Menguruskan penilaian kelayakan untuk tujuan pengiktirafan dalam tempoh tempoh berikut:-
      • Kelayakan profesional: 12 bulan (360 hari) ; dan
      • Kelayakan bukan profesional: enam bulan (180 hari)
    • Menguruskan bayaran biasiswa dan menyediakan kemudahan tajaan dalam tempoh - tempoh berikut:-
      • Elaun , yuran dan tuntutan dalam dan luar negara: sembilan hari
      • Perlindungan insurans kesihatan: dua (2) minggu (14 hari)
      • Tiket penerbangan: empat minggu (30 hari)
    • Mengesah terima dan mengeluarkan resit bayaran balik pinjaman dan tuntutan ganti rugi dalam tempoh - tempoh berikut :-
      • Melalui kaunter: lima minit
      • Melalui pos: dua minggu (14 hari)
  • Kedudukan Bahagian Dalam Carta JPA

    Kedudukan Bahagian Pembangunan Modal Insan dalam Carta JPA

Terakhir dikemaskini Februari 22nd, 2010 pada 10:53 am