Penangguhan Kerja RSS

Kenaikan Pangkat | Pemangkuan | Kaedah Penetapan Gaji Kenaikan Pangkat | Rayuan Kenaikan Pangkat / Pemangkuan | Laporan Nilaian Prestasi Khas | Penanggungan Kerja

Penanggungan Kerja

  1. Penilaian: +3

    Positive Negative

    Apakah tafsiran bagi penanggungan kerja?

    Pelaksanaan tugas suatu jawatan lain oleh seseorang pegawai di samping melaksanakan tugas jawatannya sendiri bagi suatu tempoh yang diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus yang berkenaan.

  2. Kembali ke atas

  3. Penilaian: -3

    Positive Negative

    Dalam situasi bagaimanakah urusan penanggungan kerja dapat dilaksanakan?

    Sekiranya terdapat kekosongan jawatan secara hakiki atau operasi dan tugas jawatan yang kosong itu mustahak dilaksanakan secara berterusan supaya fungsi organisasi tidak terjejas.

  4. Kembali ke atas

  5. Penilaian: +1

    Positive Negative

    Bagaimanakah arahan penanggungan kerja boleh diberikan?

    Arahan penanggungan kerja seseorang pegawai hendaklah dibuat secara bertulis oleh Ketua Jabatan.

  6. Kembali ke atas

  7. Penilaian: -1

    Positive Negative

    Berapa lamakah tempoh untuk penanggungan kerja?

    Tempoh penanggungan kerja hendaklah tidak melebihi enam (6) bulan. Sekiranya ada keperluan, Ketua Jabatan hendaklah membuat permohonan semula supaya pegawai diluluskan untuk terus menanggung kerja kepada Pihak Berkuasa Melulus.

  8. Kembali ke atas

  9. Penilaian: +0

    Positive Negative

    Bolehkah urusan penanggungan kerja dimulakan pada hari cuti?

    Urusan penanggungan kerja hendaklah dimulakan pada hari bekerja.

  10. Kembali ke atas

  11. Penilaian: -1

    Positive Negative

    Bolehkan urusan penanggungan kerja ditamatkan pada hari cuti?

    Sekiranya tempoh penanggungan kerja berakhir pada hari cuti mingguan dan kelepasan am, tempoh tersebut boleh diambil kira untuk tujuan pembayaran Elaun Penanggungan Kerja.

  12. Kembali ke atas

  13. Penilaian: +0

    Positive Negative

    Sekiranya pegawai yang menanggung kerja pergi berkursus selama 20 hari, adakah penanggungan kerja diteruskan?

    Jika penanggungan kerja pegawai terputus selama empat belas (14) hari atau lebih, Ketua Jabatan hendaklah membuat perakuan baru kepada Pihak Berkuasa Melulus sama ada meneruskan penanggungan kerja pegawai berkenaan atau memperaku pegawai lain.

  14. Kembali ke atas

  15. Penilaian: +0

    Positive Negative

    Siapa yang layak menanggung kerja?

    Jawatan yang diwujudkan sama ada dalam Anggaran Belanja Mengurus atau Waran Perjawatan.

  16. Kembali ke atas

  17. Penilaian: +1

    Positive Negative

    Bolehkah Ketua Jabatan memperakukan seseorang pegawai untuk menanggung kerja jawatan di bangunan yang lain daripada tempat pegawai bertugas?

    Boleh, sekiranya lokasi tersebut berada dalam lingkungan 25km. Ketua Jabatan hendaklah mengemukakan perakuan khas untuk urusan ini.

  18. Kembali ke atas

  19. Penilaian: +0

    Positive Negative

    Bolehkah seorang Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 menanggung kerja jawatan Pembantu Teknik Gred FT17?

    Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi) Gred N17 tersebut perlu mempunyai kelayakan sebagaimana yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan Pembantu Teknik untuk membolehkan beliau menanggung tugas berkenaan.

  20. Kembali ke atas

  21. Penilaian: +2

    Positive Negative

    Adakah jururawat yang bekerja secara syif boleh menanggung tugas seorang jururawat yang lain yang sedang cuti bersalin?

    Jururawat tidak dibenarkan menanggung kerja jawatan jururawat yang lain kerana tugas jururawat yang mengikut syif tidak sesuai dilaksanakan secara penanggungan kerja.

  22. Kembali ke atas

  23. Penilaian: +0

    Positive Negative

    Siapa yang meluluskan penanggungan kerja?

    Penanggungan kerja perlu diluluskan oleh Pihak Berkuasa Melulus seperti di Lampiran A, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007.

  24. Kembali ke atas

  25. Penilaian: +0

    Positive Negative

    Berapakah kadar Elaun Penanggungan Kerja?

    Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 17 Tahun 2007, kadar Elaun Penanggungan Kerja pegawai adalah 25% daripada gaji permulaan jawatan yang ditanggung kerja.

  26. Kembali ke atas

  27. Penilaian: +0

    Positive Negative

    Berapakah kadar Elaun Penanggungan Kerja bagi jawatan yang menetapkan mata gaji permulaan pelbagai?

    Kadar Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan gaji permulaan terendah bagi jawatan skim perkhidmatan yang berkenaan.

  28. Kembali ke atas

  29. Penilaian: +0

    Positive Negative

    Berapakah kadar Elaun Penanggungan Kerja bagi jawatan yang mempunyai gred fleksi?

    Kadar Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan gred gaji yang terendah.

  30. Kembali ke atas

  31. Penilaian: +0

    Positive Negative

    Berapakah kadar Elaun Penanggungan Kerja bagi Jawatan Terbuka?

    Kadar Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan kepada gaji permulaan skim perkhidmatan pegawai yang menanggung kerja jawatan terbuka.

  32. Kembali ke atas

  33. Penilaian: +2

    Positive Negative

    Berapakah kadar Elaun Penanggungan Kerja bagi jawatan Khas Untuk Penyandang?

    Kadar Elaun Penanggungan Kerja dikira berdasarkan kepada gred hakiki jawatan.

  34. Kembali ke atas

  35. Penilaian: +0

    Positive Negative

    Bolehkah seseorang pegawai yang baru seminggu menanggung kerja mengambil cuti rehat?

    Pegawai yang menanggung kerja tidak boleh mengambil Cuti Rehat. Jika pegawai ada mengambil Cuti Rehat, Elaun Penanggungan Kerja hanya akan dikira mulai tarikh pegawai kembali bertugas selepas cuti rehat tersebut.

  36. Kembali ke atas

  37. Penilaian: +1

    Positive Negative

    Bolehkah seseorang pegawai yang sedang menanggung jawatan yang sama buat kali kedua mengambil cuti rehat selepas 20 hari menanggung kerja?

    Boleh. Ini kerana pegawai yang pernah diluluskan menanggung kerja jawatan yang sama, penanggungan kerja kali kedua boleh dibayar Elaun Penanggungan Kerja selepas melaksanakan tugas selepas empat belas (14) hari berturut-turut termasuk hari cuti mingguan dan kelepasan am.

  38. Kembali ke atas

  39. Penilaian: +0

    Positive Negative

    Bagaimana pula dengan pembayaran Bayaran Lebih Masa bagi pegawai yang sedang menanggung kerja?

    Bayaran Lebih Masa bagi pegawai yang sedang menanggung kerja hanya boleh dibayar selepas dua (2) jam lima belas (15) minit daripada waktu bekerja pejabat.

  40. Kembali ke atas

  41. Penilaian: +0

    Positive Negative

    Bolehkah seseorang pegawai menanggung kerja 2 jawatan pada masa yang sama?

    Tidak boleh. Ini disebabkan pegawai hanya layak dibayar satu (1) Elaun Penanggungan Kerja sahaja pada satu masa.

  42. Kembali ke atas

  43. Penilaian: +1

    Positive Negative

    Siapakah yang boleh meluluskan penanggungan kerja bagi Ketua Setiausaha Kementerian?

    Pekeliling Perkhidmatan Bil. 17 Tahun 2007, telah menetapkan bahawa Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam adalah Pihak Berkuasa Melulus bagi penanggungan kerja oleh Ketua Setiausaha Kementerian.

  44. Kembali ke atas

  45. Penilaian: +0

    Positive Negative

    Bolehkah jawatan yang mana penyandangnya tidak hadir bertugas dan tidak dapat dikesan dibuat penanggungan kerja?

    Boleh, kerana kekosongan operasi boleh dibuat urusan penanggungan kerja.

  46. Kembali ke atas

Terakhir dikemaskini Mac 2nd, 2010 pada 3:26 pm