Rabu, 18 September 2019
19 Muharram 1441
A- A A+

Pengumuman

 
 

Iklan Perolehan

 
 

Aktiviti @ JPA

Facebook

Twitter

Instagram

  1. Apakah rasional pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?

    Pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan oleh Kerajaan atas jasa dan
    sumbangan yang telah diberikan oleh seseorang pegawai lantikan secara kontrak (Contract Of Service).

  2. Siapakah yang layak diberi wang tunai di bawah SPP 17/2008?

            Wang tunai di bawah SPP 17/2008 adalah layak diberi kepada pegawai lantikan secara kontrak yang memenuhi syarat-syarat berikut:
               1. Pegawai dilantik secara contract of service berdasarkan PP 2/2008;
               2. Tempoh sesuatu kontrak yang berkuatkuasa hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun; dan
               3. Persetujuan untuk pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 dimasukkan sebagai peruntukan baru yang ditambah dalam syarat
                   perjanjian kontrak tetapi peruntukan tersebut hanya dimasukkan bagi kontrak baru yang ditandatangani mulai 1 Januari 2009

            ** Peraturan ini hanya terpakai kepada kontrak baru yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009.

  3. Berapakah bilangan Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?

            Bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 bagi sesuatu kontrak adalah
            sebanyak lapan (8) hari atau satu per empat (1/4) daripada kadar Cuti Rehat untuk setahun, mengikut mana yang lebih rendah.

  4. Apakah kadar kelayakan Cuti Rehat bagi pegawai lantikan secara kontrak?

            Pegawai lantikan secara kontrak layak diberi kemudahan Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai tetap yang setaraf yang berkhidmat
            kurang daripada 10 tahun.

  5. Berapakah bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?

    Bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 bagi sepanjang tempoh 
    perkhidmatan pegawai secara kontrak dengan Kerajaan (sama ada perkhidmatan secara kontrak dengan Perkhidmatan Awam
    Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun [Persekutuan dan Negeri] atau Pihak Berkuasa Tempatan) adalah
    sebanyak 75 hari.

  6. Bilakah wang tunai di bawah SPP 17/2008 boleh dibayar kepada pegawai?

           Pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 adalah dibayar selepas tamatnya tempoh kuat kuasa sesuatu kontrak.

  7. Adakah pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat layak menikmati pemberian wang tunai di bawah SPP
      17/2008?

           Ya. Pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat layak diberi pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008.

 8.  Bagi pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat, adakah perjanjian kontrak yang telah ditandatangani
      perlu dipinda/ditambah dengan peruntukan baru bagi membolehkan pegawai layak diberi pemberian wang tunai di
      bawah SPP 17/2008?

            Pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat layak dipertimbangkan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 tanpa
            perlu meminda/ menambah peruntukan baru mengenai pemberian tersebut dalam kontrak yang telah ditandatangani.

Rujukan

  •     Perenggan 3, SPP17/2008
  •     Perenggan 5, SPP 17/2008
  •     Perenggan 7.1, SPP 17/2008
  •     Perenggan 54, page 59, PP 2/2008
  •     Perenggan 7.2, SPP 17/2008
  •     Perenggan 7.4, SPP 17/2008
  •     Perenggan 8, SPP 17/2008

Pegawai Pemantau Informasi Tel Emel
Fatahah binti Qasim 03-8316 4476 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Puan Juliana Noremy binti Jaafar 03-8316 4460 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.