Unit Integriti
Unit
OBJEKTIF
- Memberikan hala tuju dan bimbingan kepada warga supaya mewujudkan sikap bekerjasama, bersatu padu, berintegriti, bermoral dan beretika;
- Meningkatan kesedaran, komitmen dan kerjasama warga dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya dan amalan di kalangan warga JPA; dan
- Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan warga JPA serta mendorong perkembangan masyarakat yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti.
FUNGSI
- Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan di Jabatan Perkhidmatan Awam;
- Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti di Jabatan Perkhidmatan Awam;
- Mengesan dan mengesahkan aduan salah laku serta pelanggaran tatakelakuan dan etika di Jabatan Perkhidmatan Awam serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil;
- Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku serta pelanggaran tatakelakuan di Jabatan Perkhidmatan Awam;
- Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
- Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Awam Kumpulan Pengurusan dan Profesional No. 2 dan Kumpulan Sokongan No. 1 dan No. 2 di Jabatan Perkhidmatan Awam.
UI

Ketua Unit Integriti
Baca selanjutnya: Unit Integriti
- Hits: 18511