Permohonan penajaan Biasiswa Yang di-Pertuan Agong (BYDPA) Sesi Pengajian 2017/2018 boleh dibuat dengan mengisi borang secara dalam talian (on-line) melalui portal www.jpa.gov.my atau http://esilav2.jpa.gov.my mulai jam 5.00 petang, 08 Februari 2017 (Rabu) sehingga tarikh tutup permohonan on-line dan tarikh akhir penyerahan borang permohonan juga ialah pada 3 Mac 2017 (Jumaat).
Ekoran daripada krisis pergolakan yang berlaku di Mesir, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menasihatkan agar pelajar-pelajar di bawah tajaan JPA yang masih berada di sana supaya dapat mematuhi keputusan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri agar pulang ke tanah air secara sukarela demi keselamatan.
Setakat ini, terdapat seramai 403 orang pelajar tajaan JPA yang masih berada di Mesir untuk menduduki peperiksaan. Sehubungan dengan itu, JPA melalui Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA, Kedutaan Besar Malaysia dan Education Malaysia Egypt di Kaherah akan memastikan proses evakuasi pelajar dapat dilaksanakan dengan lancar.
Selain itu, para pelajar yang masih bercuti di Malaysia dinasihatkan agar dapat menangguhkan kepulangan ke Mesir seperti yang disarankan oleh kerajaan baru-baru ini. Namun begitu, sekiranya keadaan di Mesir masih tidak pulih dan tidak selamat bagi pelajar Malaysia meneruskan pengajian di sana, maka pihak JPA akan bekerjasama dengan KPM bagi membantu pelajar-pelajar yang terlibat mendapatkan tempat pengajian di negara-negara lain atau di IPT swasta dalam negara.
Bagi memudahkan ibubapa dan pelajar mendapatkan maklumat terkini, bilik operasi KPM telah dibuka sejak 16 Ogos 2013 dan boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan di talian 03-8870 6611 dan 03-8870 6627, e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., atau laman sosial facebook: https://www.facebook.com/pages/StudentWorld/
Walau bagaimanapun, ibu bapa dan para pelajar tajaan JPA juga boleh menghubungi JPA di Putrajaya melalui talian 03-8885 3939 / 3491 / 3511 untuk mengetahui perkembangan terkini pelajar-pelajar tajaan JPA di Mesir.
TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM PUTRAJAYA 21 Ogos 2013
Penafian Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Mengenai Perlantikan Perunding Untuk Berurusan Dengan Pelajar Tajaannya
PUTRAJAYA, 6 Ogos 2014 - Dimaklumkan bahawa pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak melantik mana-mana perunding untuk berurusan dengan pelajar tajaannya untuk sebarang urusan biasiswa. Untuk makluman semua urusan penawaran biasiswa JPA dilakukan secara online di laman sesawang berikut : esilav2.jpa.gov.my
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Pasukan Komunikasi Jabatan Perkhidmatan Awam Tel: 03-88853830/3146 Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Ucapan Takziah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Kepada Keluarga Allahyarham Tan Sri Rozhan Kuntom
Saya mewakili Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan seluruh Penjawat Awam di Malaysia ingin melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Rozhan Kuntom yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN).
Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar kepada negara khususnya perkhidmatan awam di Malaysia. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang ke-13 dari 1 Ogos 1985 hingga 26 Januari 1987.
Sekali lagi, bagi pihak JPA dan seluruh Penjawat Awam di Malaysia saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri.
TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM PUTRAJAYA 09 Mei 2014
MEMPERKASA BAKAT NEGARA - MEMARTABATKAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA
PUTRAJAYA, 5 APRIL 2016 – Pembangunan modal insan berasaskan pengetahuan, berdaya saing dan berdaya tahan adalah salah satu teras strategik Kerajaan ke arah pencapaian aspirasi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Sehubungan itu, Kerajaan komited kepada usaha pembangunan modal insan negara melalui program penajaan sebagai langkah yang menyokong pencapaian aspirasi tersebut.
Sukacita saya ingin memaklumkan pelantikan YBhg. Dato’ Sri Zainal Rahim bin Seman sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia berkuatkuasa 16 Januari 2017 bagi menggantikan YBhg. Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal yang tamat tempoh kontrak.
Pemakluman Pengisian Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Tadbir (PPT) Gred N40 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Di Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Dan Pulau Pinang, Kementerian Pendidikan Malaysia
Pemakluman Persediaan Pengisian Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W22 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Bagi Agensi-Agensi Di Kuala Lumpur
Pemakluman Persediaan Pengisian Kekosongan Jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N28 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Di Kementerian Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) Dan Kementerian Pertahanan
Pemakluman Persediaan Pengisian Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N32 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Bagi Agensi Di Kuala Lumpur , Ampang (Selangor) , Lumut (Perak) Dan Georgetown (Pulau Pinang)
Pemakluman Persediaan Pengisian Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N36 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Bagi Agensi Di Kuala Lumpur, Shah Alam Dan Perak
Pemakluman Persediaan Pengisian Kekosongan Jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N36 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan Bagi Agensi Di Kuala Lumpur, Shah Alam Dan Perak