Skip to main content

Gangguan Capaian Perkhidmatan Aplikasi HRMIS 2.0 Di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Perhatian Kepada : Semua Pengguna:
Sistem aplikasi JPA seperti HRMIS 2.0 / Portal JPA / eSila / eSila v2 / SPMB / MyKehadiran dan lain-lain.
Tarikh / Masa Mula : 17 Mei 2024 (Jumaat) / 9:00 malam
Tarikh / Masa Tamat : 19 Mei 2024 (Ahad) / 4:00 petang
Kerja-kerja / Tujuan / Sebab : Kerja-kerja penyelenggaraan Sistem Elektrik Voltan Tinggi (HT) dan Voltan Rendah (LV) serta sistem Uninterruptable Power Supply (UPS) di Jabatan Perkhidmatan Awam.
Kesan kepada pengguna terlibat : Kesan capaian kepada semua sistem aplikasi dan portal JPA termasuk sistem aplikasi HRMIS 2.0.
Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, pengguna dinasihatkan menyelesaikan urusan seperti mencetak eGL sebelum tarikh/masa mula di atas bagi kegunaan kecemasan dan sebagainya.
Tindakan yang perlu diambil oleh agensi :  -
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui : Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB)
https://spmb.jpa.gov.my

Pasukan Meja Bantuan HRMIS JPA
Telefon: 03-8321 1400

Gangguan Capaian Perkhidmatan Aplikasi HRMIS 2.0 Di JPA

Perhatian Kepada : Pengguna Sistem HRMIS 2.0
Tarikh / Masa Mula : 29 Mac 2024 (Jumaat) / 9.00 pagi
Tarikh / Masa Tamat : 29 Mac 2024 (Jumaat) / 12.00 tengah hari 
Kerja-kerja / Tujuan / Sebab : Penutupan Modul Pengurusan Prestasi – MyPerformance bagi tujuan penyelenggaraan. 
Kesan kepada pengguna terlibat :

Gangguan terhadap capaian ke Dashboard MyPerformance oleh Pegawai Yang Dinilai (PYD), Pegawai Penilai (PP) dan Pentadbir.


Bagi mengelakkan sebarang kesulitan, pengguna MyPerformance dinasihatkan menyelesaikan urusan berkaitan Sasaran Kerja Utama (SKU), Penglibatan Sumbangan (PS), Kompetensi Tingkah Laku (KTL) dan Nilai Sepunya (NS) sebelum tarikh/masa mula di atas bagi kegunaan urusan perkhidmatan dan sebagainya.

Tindakan yang perlu diambil oleh agensi :

Menyebarkan makluman gangguan capaian kepada pengguna di Agensi/Kementerian.

Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui : Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB)
https://spmb.jpa.gov.my

Pasukan Meja Bantuan HRMIS JPA
Telefon: 03-8321 1400

Pengukuhan Keselamatan Aplikasi HRMIS2.0 Di JPA

Perhatian Kepada : Pengguna Sistem HRMIS 2.0
Tarikh / Masa Mula : 17 Februari 2024 (Sabtu) / 12:00 tengahari
Tarikh / Masa Tamat : -
Kerja-kerja / Tujuan / Sebab : Pengukuhan Keselamatan Aplikasi HRMIS2.0
Kesan kepada pengguna terlibat : Semua pengguna HRMIS2.0 diminta untuk menukar kata laluan masing-masing sebagai langkah pencegahan keselamatan serangan siber. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu menggunakan pautan “Lupa Kata Laluan” di login page HRMIS2.0 berdasarkan ketetapan Polisi Keselamatan Siber / Dasar Keselamatan ICT dengan menepati semua kriteria seperti berikut :

i. Sekurang-kurangnya 12 aksara;
ii. Mengandungi huruf dan nombor;
iii. Mengandungi aksara khas (cth: @ &); dan
iv.Mengandungi huruf besar dan huruf kecil.
Tindakan yang perlu diambil oleh agensi :  Menyebarkan dan mengambil tindakan selanjutnya selaku Pentadbir HRMIS di agensi masing-masing
Sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi kami melalui : Sistem Pengurusan Meja Bantuan (SPMB)
https://spmb.jpa.gov.my

Pasukan Meja Bantuan HRMIS JPA
Telefon: 03-8321 1400

Program-Program Penajaan JPA 2024 Lepasan SPM

Hebahan Program-Program Penajaan JPA Tahun 2024 bagi Pelajar Lepasan SPM

Program Penajaan Nasional (PPN) 2024

 

Program Khas Lepasan SPM Dalam Negara 2024

 

Program Khas Jepun, Koea, Perancis Dan Jerman 2024