Sabtu, 16 November 2019
19 Rabi'ul-Awwal 1441
A- A A+

Prinsip Pemberian Elaun

Laporan Gaji Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976) dan Sistem Saraan Baru 1991 telah menetapkan prinsip pemberian elaun seperti berikut :

  • Tidak Sejagat (non-universal)
  • Tidak Biasa (non-regular)
  • Tidak Kekal (non-permanent)
  • Kesaksamaan

Prinsip Tidak Sejagat (non-universal) membolehkan pemberian elaun kepada kumpulan atau perkhidmatan yang ditetapkan. Contoh elaun yang diberi di bawah prinsip ini ialah :
gaji1

 

Prinsip Tidak Biasa (non-regular) menetapkan bahawa elaun diberi hanya dalam keadaan-keadaan tertentu. Contoh elaun yang diberi di bawah prinsip ini ialah :
gaji2

 

Prinsip Tidak Kekal (non-permanent) menentukan bahawa elaun dibayar secara sementara. Ini bermaksud pemberian sesuatu elaun boleh ditarik balik atau dibatalkan. Ini bermakna pemberian elaun adalah ditetapkan sebagai satu keistimewaan (privilege) yang boleh ditarik balik pada bila-bila masa, jika didapati perlu. Contoh elaun yang dibatalkan di bawah prinsip ini ialah:
gaji3

 

Prinsip Kesaksamaan menjamin pemberian elaun yang lebih adil. Ianya tidak terhad kepada mana-mana perkhidmatan, kumpulan atau gred tertentu sahaja tetapi boleh dipanjangkan kepada pegawai dalam perkhidmatan lain yang layak. Walau bagaimanapun, Prinsip Kesaksamaan ini sewajarnya tidak digunakan tanpa had. Dalam keadaan tertentu, ia hendaklah digunakan secara bijaksana (judiciously) berdasarkan kepentingan perkhidmatan. Contoh elaun yang dipanjangkan di bawah prinsip ini ialah :
gaji4

 


    Bahagian Saraan
    Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
    Aras 5 & 6,
    Blok C3, Kompleks C
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62510 Wilayah Persekutuan Putrajaya