Monday, 13 July 2020
21 Dhu al-Qi'dah 1441
  • Bahasa Melayu
  • English (United Kingdom)

Article available only in Malay.

Hebahan Kursus Keselamatan Dokumen Kerajaan Malaysia

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan,

HEBAHAN KURSUS KESELAMATAN DOKUMEN KERAJAAN MALAYSIA

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.        Untuk makluman bersama, kebelakangan ini terdapat kes kebocoran maklumat rahsia Kerajaan yang menyebabkan negara terdedah kepada ancaman kebocoran maklumat sehingga boleh menjejaskan imej pentadbiran kerajaan dan keselamatan negara. Penggunaan telefon bimbit dan alat komunikasi lain secara tidak terkawal dalam agensi kerajaan boleh mendatangkan implikasi buruk serta membahayakan di samping boleh melanggar peruntukan Akta Rahsia Rasmi 1972 sekiranya berlaku kebocoran atau kecurian maklumat. 

3.        Sehubungan itu, bagi meningkatkan kefahaman penjawat awam dalam pengurusan dan penyampaian maklumat secara paperless atau digital, Kursus Keselamatan Dokumen Kerajaan Malaysia diperkenalkan kepada semua penjawat awam untuk memberi penerangan mengenai kesan dan akibat kebocoran maklumat kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

4.       Oleh itu, semua penjawat awam adalah diwajibkan mengikuti kursus ini yang boleh diakses melalui http://portalapps.intan.my/keselamatan

5.      Sesungguhnya perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Datuk/Dato’/YBrs. Dr./Tuan/Puan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, salam hormat.

“PENERAJU PEMBAHARUAN, PENGGERAK PERUBAHAN”
“SENTIASA DI HADAPAN”

UNIT KORPORAT DAN ANTARABANGSA
INSTITUT TADBIRAN AWAM NEGARA (INTAN)

E-mel       : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Tel           : 03-2084 7777
Faks         : 03-2095 4299