Friday, 29 March 2024
19 Ramadan 1445
bluegreengoldred

Article available only in Malay.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca Jurisprudens Tertekan, Shah Alam bertajuk "Lepasan Ijazah Terhad Peluang Kerja" yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian bertarikh 6 Jun 2012.

Jabatan ini mengambil maklum dan mengucapkan terima kasih di atas pandangan yang telah diberikan.

Untuk makluman, pemegang Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens (Kepujian) daripada IPTA perlu memiliki Sijil Amalan Guaman (CLP) sebagai kelayakan tambahan untuk dilantik sebagai Pegawai Undang-Undang Gred L41 dalam sektor awam.

Syarat ini telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tetap Penilaian dan Pengiktirafan Kelayakan yang dipengerusikan oleh Menteri Pengajian Tinggi. Sehubungan itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Jurisprudens digalakkan supaya mendapatkan CLP sebelum memohon jawatan Pegawai Undang-Undang Gred L41.

Walaupun tanpa kelayakan CLP, pemegang ijazah tersebut masih boleh memohon jawatan-jawatan lain yang hanya mensyaratkan kelayakan Ijazah Sarjana Muda Kepujian (pelbagai bidang) seperti Pegawai Tadbir dan Diplomatik, Pegawai Pendaftaran, Penguasa Imigresen, Penguasa Kastam, Pegawai Keselamatan, Inspektor Polis dan lain-lain.

 

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
18 Jun 2012