Kemudahan Lain
Soalan Lazim
Pemberian Subsidi Yuran Pengasuhan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Di Tempat Kerja Sektor Awam
Taman Asuhan Kanak-Kanak di tempat kerja sektor awam yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau mendapat pengecualian pendaftaran di bawah Seksyen 3(1)(b), Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) dan diselaraskan oleh Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan.
Tidak layak kerana TASKA yang terletak di kawasan perumahan atau kediaman kuarters Kerajaan tidak memenuhi tafsiran TASKA seperti mana yang dimaksudkan dalam PP 1/2023. TASKA yang dimaksudkan adalah TASKA yang beroperasi di tempat kerja sektor awam.
Tidak layak kerana tidak memenuhi tafsiran TASKA seperti mana yang dinyatakan dalam PP 1/2023 iaitu tidak diselaraskan oleh Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan..
Layak kerana TASKA beroperasi di tempat kerja sektor awam dan diselaraskan oleh Bahagian Sumber Manusia atau bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di agensi Kerajaan.
Tiada had bilangan anak pegawai.Subsidi yuran pengasuhan TASKA diberikan kepada setiap anak pegawai yang berumur bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke TASKA.
Boleh.
Pegawai boleh menghantar anak ke TASKA di kementerian atau jabatan Kerajaan selain daripada tempat kerjanya.
Layak, sekiranya memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.,
Layak dengan syarat umur anak mesti bawah empat (4) tahun pada tarikh anak didaftar masuk ke TASKA.
Tidak.
Sebagai contoh, Elaun Lebih Masa dan Elaun Tanggung Kerja tidak ditafsirkan sebagai pendapatan bulanan isi rumah
Dalam perkara ini,
- (i) Encik Rahim atau Puan Sarah boleh memohon kemudahan subsidi yuran pengasuhan TASKA bagi kedua-dua anak; atau
- (ii) Encik Rahim boleh memohon subsidi yuran pengasuhan TASKA bagi seorang anak (anak sulung) ; dan
- Puan Sarah memohon subsidi yuran pengasuhan TASKA bagi seorang anak (anak kedua).
Pegawai perlu mengemukakan semula salinan penyata gaji terkini pegawai dan suami/ isteri serta dokumen berkaitan sebelum 31 Disember setiap tahun kepada bahagian yang menyelaras urusan mengenai TASKA di mana pegawai berkhidmat.