Skip to main content

Kemudahan Waktu Bekerja

Soalan Lazim

Waktu Bekerja Fleksi (WBF)

1. Jika seorang pegawai mengetik kehadiran masuk melepasi pukul 9.00 pagi, sebagai contoh pukul 9.15 pagi: Adakah pegawai tersebut perlu mencukupkan jumlah jam bekerja sehari?

Sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk melebihi pukul 9.00 pagi, pegawai dianggap lewat hadir ke pejabat. Walau bagaimanapun pegawai tersebut dibenarkan pulang selepas waktu pejabat bergantung kepada hari dan tempoh waktu pejabat di negeri masing-masing.

2. Jika seseorang pegawai dikehendaki menghadiri suatu raptai perbarisan di luar pejabat pada pukul 7.00 pagi dan kemudiannya pegawai kembali ke pejabat, pukul berapakah pegawai dibenarkan pulang?

Sekiranya raptai perbarisan bermula pada pukul 7.00 pagi (ianya perlu disahkan oleh Ketua Jabatan) pegawai dianggap telah mengetik kehadiran masuk pada pukul 7.30 pagi dan pegawai tersebut dibenarkan pulang selepas waktu pejabat bergantung kepada hari dan tempoh waktu pejabat di negeri masing-masing.

3. Pada bulan ramadan, adakah pegawai masih dibenarkan pulang setengah jam awal?

Pada bulan Ramadan, pegawai boleh dipertimbangkan untuk pulang setengah jam awal dengan syarat waktu rehat juga dikurangkan selama 30 minit seperti yang diperuntukkan dalam peraturan yang berkuat kuasa.

4. Adakah WBF bulan ramadan juga terpakai untuk pegawai bukan beragama Islam?

WBF bulan Ramadan juga terpakai untuk pegawai bukan beragama Islam tertakluk kepada kelulusan Ketua Jabatan.

7. Pegawai diarahkan menghadiri tugasan rasmi di luar pejabat (dalam stesen iaitu kurang 25 km). pegawai tidak mengetik waktu masuk serta terus ke tempat bertugas rasminya. pegawai kembali ke pejabat setelah selesai tugas rasmi tersebut. pukul berapakah pegawai boleh pulang dari pejabat sekiranya: (i) Tugas rasmi bermula sebelum pukul 7.30 pagi? (ii) Tugas rasmi bermula di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi? (iii) Tugas rasmi bermula selepas pukul 9.00 pagi?

(i) Jika tugasan rasmi bermula sebelum pukul 7.30 pagi, waktu pulang pegawai adalah pukul 4.30 petang.
(ii) Jika tugasan rasmi bermula di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah antara pukul 4.30 petang hingga 6.00 petang dengan syarat memenuhi tempoh waktu bekerja sehari.
(iii) Jika tugasan rasmi bermula selepas pukul 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah pukul 6.00 petang.

8. Adakah WBF terpakai kepada pegawai yang berkhidmat di sekolah/klinik kesihatan/ibu pejabat polis?

Ya. WBF terpakai kepada semua pegawai yang berkhidmat di sekolah/klinik kesihatan/ibu pejabat polis yang mengguna pakai WBB sebelum ini.

12. Pegawai mempunyai urusan peribadi yang mustahak pada pukul 8.00 pagi (13 Ogos 2019). Pada petang 12 Ogos 2019, pegawai telah mengisi borang Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di bawah Perintah Am 5 Bab G (Waktu Bekerja dan Lebihmasa) 1974 bagi urusan tersebut. Pegawai telah mendapat kelulusan pelepasan meninggalkan pejabat daripada pegawai atasan bermula pukul 8.00 pagi hingga 11.30 pagi (13 Ogos 2019). Pukul berapakah pegawai dibenarkan pulang hari tersebut?

A. Sekiranya pegawai tidak mengetik kehadiran masuk pejabat di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah pada pukul 6.00 petang.

Dalam hal ini, pelepasan pegawai dikira bagi tempoh 9.01 minit pagi hingga 11.30 pagi. Tempoh waktu masuk antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi adalah merupakan fleksibiliti 1 jam 30 minit kepada pegawai untuk menggunakan waktu tersebut bagi urusan peribadi sebelum masuk pejabat. Oleh itu, tidak berbangkit kebenaran pelepasan meninggalkan pejabat bagi tempoh tersebut.

B. Sekiranya pegawai mengetik kehadiran masuk pejabat pukul 7.30 pagi, waktu pulang pegawai adalah pada pukul 4.30 petang.

Dalam kes ini, pegawai telah masuk ke pejabat bagi memulakan tugas pada pukul 7.30 pagi dan keluar pejabat pada pukul 8.00 pagi atas urusan peribadi mengikut tempoh kebenaran yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.

Nota: Bagi Kebenaran Keluar Pejabat mengikut borang di Lembaran SR.4.2.2(A) melalui Ceraian SR. 4.2.2 : Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am Bab G – Mematuhi Waktu Bekerja, Ketua Jabatan boleh menetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas.

13. Pegawai mempunyai temujanji doktor di hospital pada pukul 8.30 pagi. pegawai telah mendapat kebenaran keluar pejabat dari pegawai atasan dari pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Bilakah waktu pulang pegawai?
  1. Sekiranya pegawai tidak mengetik kehadiran masuk pejabat dan bertugas di antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, waktu pulang pegawai adalah pada pukul 6.00 petang. Dalam perkara ini, kebenaran keluar pejabat pegawai dikira dari pukul 9.01 pagi.
    Dalam hal ini, pelepasan pegawai dikira bagi tempoh 9.01 minit pagi hingga 12.00 tengah hari. Tempoh waktu masuk antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi adalah merupakan fleksibiliti 1 jam 30 minit kepada pegawai untuk menggunakan waktu tersebut bagi urusan peribadi sebelum masuk pejabat. Oleh itu, tidak berbangkit kebenaran pelepasan meninggalkan pejabat bagi tempoh tersebut.

    ‘Time Slip’ bukanlah satu bukti waktu masuk ke pejabat bagi seseorang pegawai tetapi ia merupakan pengesahan pegawai mendapatkan rawatan di klinik/hospital berkenaan dalam tempoh tersebut.

    Perenggan 1e, Lampiran SR.4.2.2(A), Ceraian SR.4.2.2 Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja menyatakan ‘pegawai yang mendapatkan rawatan untuk diri sendiri di klinik/ hospital dikehendaki mengemukakan ‘time slip’ atau sebarang dokumen daripada pegawai perubatan atau doktor untuk mengesahkan bahawa pegawai mendapatkan rawatan di klinik/ hospital berkenaan dalam tempoh tersebut’.

  2. Sekiranya pengawai mengetik kehadiran masuk pejabat pada pukul 7.45 pagi, waktu pulang pegawai adalah pada pukul 4.45 petang. Dalam hal ini, pegawai telah masuk ke pejabat bagi memulakan tugas pada pukul 7.45 pagi dan keluar pejabat pukul 8.00 pagi atas urusan peribadi mengikut tempoh kebenaran yang telah diluluskan oleh Ketua Jabatan.

    Nota: Bagi Kebenaran Keluar Pejabat mengikut borang di Lembaran SR.4.2.2(A) melalui Ceraian SR. 4.2.2 : Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am Bab G – Mematuhi Waktu Bekerja, Ketua Jabatan boleh menetapkan bahawa pegawai perlu menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas.

15. Bolehkah seseorang pegawai atasan memberi kelulusan keluar pejabat bagi pegawai untuk urusan peribadi atau klinik antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi sekiranya pegawai tidak mengetik dalam tempoh masuk bekerja?

Sekiranya Ketua Jabatan telah memberi kelulusan keluar pejabat antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi, tempoh kebenaran pelepasan hanya akan diambil kira mulai pukul 9.01 pagi sekiranya pegawai tidak mengetik masuk pejabat dan waktu pulang pegawai pada hari tersebut ialah pada pukul 6.00 petang.

16. Bilakah cuti tanpa rekod (CTR) bagi urusan kematian ahli keluarga terdekat pegawai bermula semasa pelaksanaan WBF, sekiranya seorang ahli keluarga terdekat pegawai telah meninggal dunia pada hari bekerja iaitu: (i) Pada pukul 2.00 petang? (ii) Pada pukul 4.45 petang dan waktu pulang pegawai adalah pada pukul 4.32 petang? (iii) Pada pukul 6.35 petang?

Waktu pejabat bagi WBF adalah bermula pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang KECUALI pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Bagi kes i. dan ii., CTR pegawai adalah bermula pada tarikh yang sama berlaku kematian ahli keluarga terdekat kerana kematian berlaku dalam waktu pejabat kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu. CTR pegawai bermula pada keesokan harinya. Bagi kes iii., CTR pegawai adalah pada hari berikutnya kerana masa kematian tersebut adalah selepas waktu pejabat.

17. Cuti tanpa rekod kemudahan isteri bersalin kepada pegawai lelaki. Bilakah cuti tanpa rekod (CTR) kemudahan isteri bersalin kepada pegawai lelaki bermula semasa pelaksanaan WBF sekiranya isteri pegawai bersalin pada hari bekerja iaitu: (i) Pada pukul 2.00 petang? (ii) Pada pukul 4.45 petang dan waktu pulang pegawai adalah pada pukul 4.32 petang? (iii) Pada pukul 6.44 petang

Waktu pejabat bagi WBF adalah bermula pukul 7.30 pagi hingga 6.00 petang kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu iaitu bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 4.30 petang.
(i) Sekiranya isteri pegawai bersalin pada pukul 2.00 petang, CTR pegawai adalah bermula pada tarikh yang sama kerana isteri pegawai bersalin dalam waktu pejabat.
(ii) Sekiranya isteri pegawai bersalin pada pukul 4.45 petang, CTR pegawai adalah bermula pada tarikh yang sama kerana isteri pegawai bersalin dalam waktu pejabat kecuali pada hari Khamis di negeri Kedah, Kelantan, dan Terengganu CTR pegawai bermula pada keesokan harinya.
(iii) Sekiranyaisteri pegawai bersalin pada pukul 6.44 petang, CTR pegawai adalah pada hari berikutnya kerana masa bersalin tersebut adalah selepas waktu pejabat.

18. Adakah pegawai yang bertugas di kaunter, di mana waktu operasi kaunter bermula pada pukul 7.30 pagi boleh mengguna pakai waktu masuk WBF?

WBF terpakai kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang mengguna pakai WBB.
Pegawai boleh memulakan tugas pada bila-bila masa antara pukul 7.30 pagi hingga 9.00 pagi. Walau bagaimanapun, demi kepentingan perkhidmatan, Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk memulakan tugas pada sesuatu masa yang dikehendaki dalam tempoh masa tersebut.

Dasar Bekerja Dari Rumah

1. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘Rumah’ dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.4.1.2 – Dasar Bekerja Dari Rumah?

Rumah yang dimaksudkan merujuk kepada rumah kediaman pegawai berdasarkan alamat yang didaftarkan dalam sistem HRMIS dan juga lokasi yang bersesuaian untuk bekerja yang telah dibenarkan dan diluluskan oleh Ketua Jabatan.

2. Adakah pegawai yang bertugas di Putrajaya boleh diarahkan BDR di kampung halamannya di Pulau Pinang?

Pegawai boleh dipertimbangkan untuk menggunakan kemudahan BDR tertakluk kepada syarat dan peraturan berkuat kuasa.

Pegawai hendaklah kekal berada di Rumah serta Ketua Jabatan hendaklah memastikan peraturan-peraturan BDR adalah dipatuhi iaitu:-

  1. Sentiasa berada di Rumah sebagai tempat bekerja dalam tempoh waktu bekerja yang ditetapkan;
  2. Sentiasa boleh dihubungi dalam tempoh, hari dan waktu bekerjanya;
  3. Sentiasa bersedia untuk hadir ke pejabat atau mana-mana lokasi lain yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh yang munasabah; dan
  4. Semua undang-undang, peraturan, pekeliling dan arahan yang berkuat kuasa terpakai kepada pegawai awam dari semasa ke semasa, termasuk, antara lain, tetapi tidak terhad kepada:
    1. Akta Rahsia Rasmi 1972 [Akta 88];
    2. Arahan Keselamatan.;
    3. Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993]; dan
    4. Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61].

3. Adakah pegawai boleh memohon BDR?

Boleh. Pegawai boleh memohon BDR menggunakan borang seperti di Lampiran A2, Ceraian SR. 4.1.2: Dasar Bekerja dari Rumah.

4. Adakah pegawai boleh memohon untuk menggunakan kemudahan BDR di beberapa lokasi sepanjang tempoh BDR?

Boleh. Ketua Jabatan atas budi bicaranya boleh meluluskan permohonan pegawai untuk menggunakan kemudahan BDR di lokasi-lokasi yang bersesuaian tertakluk kepada syarat dan peraturan berkuat kuasa.

Lokasi yang bersesuaian bermaksud lokasi kerja yang selamat, dalam lingkungan jarak yang munasabah dan pegawai dapat hadir ke pejabat apabila diarahkan oleh Ketua Jabatan dalam tempoh yang munasabah.

Pegawai perlu mengemukakan maklumat bagi lokasi-lokasi yang dimohon semasa hendak menggunakan kemudahan BDR dalam borang di Lampiran A2, Ceraian SR. 4.1.2: Dasar Bekerja dari Rumah dan mendapatkan kelulusan Ketua Jabatannya.

Ketua Jabatan atas budi bicaranya juga perlu menetapkan kaedah pelaporan dan pemantauan yang bersesuaian bagi pegawai menggunakan kemudahan BDR tanpa menjejaskan kepentingan perkhidmatan dan jabatan.

5. Adakah pegawai yang bekerja secara syif boleh diarahkan BDR separuh hari oleh Ketua Jabatan?

Ketua Jabatan atas budi bicaranya boleh mengarahkan atau mempertimbangkan pegawai yang bekerja syif untuk BDR separuh hari tertakluk kepada tujuan BDR dan tanpa menjejaskan kepentingan perkhidmatan

6. Apakah status kehadiran pegawai sekiranya pegawai telah diarahkan BDR separuh hari di sebelah pagi dan tidak melaporkan diri ke pejabat pada sebelah petang?

Pegawai dianggap tidak hadir bertugas dan hendaklah diuruskan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993] dan pindaannya dari semasa ke semasa.

7. Adakah pegawai BDR perlu memohon untuk menggunakan kemudahan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja seperti di Ceraian SR.4.2.2: Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja bagi menyelesaikan urusan peribadi?

Pegawai yang BDR hendaklah menggunakan kemudahan kebenaran keluar pejabat seperti yang ditetapkan dalam Ceraian SR.4.2.2: Peraturan Kebenaran Untuk Meninggalkan Pejabat Dalam Waktu Bekerja Di Bawah Perintah Am 5 Bab G - Mematuhi Waktu Bekerja.

8. Apakah status pegawai yang diarahkan BDR tetapi tidak berada di Rumah seperti alamat yang didaftarkan dalam HRMIS atau di lokasi yang bersesuaian namun telah melaksanakan tugasan di tempat lain?

Pegawai dianggap tidak hadir bertugas dan hendaklah diuruskan mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 [P.U (A) 395/1993] dan pindaannya dari semasa ke semasa.

9. Bolehkah pegawai yang diberi Sijil Sakit diarah dan dibenarkan BDR?

Kelulusan Cuti Sakit adalah tertakluk kepada Ketua Jabatan (Perkara 15, 17 dan 53 Perintah Am Bab C). Sekiranya Ketua Jabatan telah meluluskan Cuti Sakit kepada pegawai, maka pegawai tidak boleh BDR.

Dalam hal ini, sekiranya dalam tempoh cuti sakit tersebut pegawai telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya untuk melaksanakan tugas, pegawai perlu mendapatkan perakuan sijil sihat oleh Pegawai Perubatan terlebih dahulu sebelum kembali bertugas.

10. Adakah pegawai yang menanggung kerja atau dalam pemangkuan boleh diarahkan BDR?

Ketua Jabatan boleh mengarahkan atau mempertimbangkan mana-mana pegawai yang menanggung kerja atau dalam pemangkuan untuk BDR tertakluk kepada kelayakan dan syarat-syarat BDR yang berkuat kuasa.

11. Pegawai telah memohon untuk menggunakan kemudahan BDR setalah tamat tempoh Cuti bersalin. Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan atau membenarkan pegawai untuk BDR bagi tujuan untuk menjaga anaknya selepas tamat tempoh Cuti Bersalin?

Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pegawai untuk BDR selepas tamat tempoh Cuti Bersalin. Namun, ianya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan keperluan kelangsungan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pegawai. Ketua Jabatan hendaklah mematuhi peraturan-peraturan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.4.1.2 – Dasar Bekerja Dari Rumah.

12.Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan atau membenarkan pegawai untuk BDR bagi tujuan menjaga ahli keluarga yang sakit di hospital?

Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kemudahan BDR kepada pegawai bagi tujuan tersebut tertakluk kepada kepada kelayakan dan syarat-syarat BDR yang berkuat kuasa

Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kemudahan BDR kepada pegawai bagi tujuan tersebut tertakluk kepada kepada kelayakan dan syarat-syarat BDR yang berkuat kuasa

13. Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai yang sedang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan untuk BDR?

Tidak boleh.
Ketua Jabatan tidak boleh mengarahkan BDR kepada pegawai yang telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan di bawah peruntukan MyPPSM Ceraian SR.5.4.4.

14. Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk BDR sekiranya pejabat/ premisnya mengalami gangguan utiliti?

Boleh.
Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pegawai untuk BDR sekiranya pejabat/ premis mereka bekerja mengalami gangguan utiliti yang boleh menganggu penyampaian perkhidmatan di pejabat/ premis tersebut.

15. Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai yang kematian suami atau isteri untuk BDR?

Ketua Jabatan adalah diwajibkan untuk mengarahkan pegawai yang kematian suami atau isteri untuk BDR sebaik sahaja tempoh Cuti Tanpa Rekod Kelompok – Kematian Ahli keluarga Terdekat sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan semasa telah digunakan.

Ketua Jabatan juga hendaklah menetapkan tugasan yang bersesuaian dan memantau pelaksanaan tugasan tersebut.

16. Bilakah arahan BDR boleh dikeluarkan oleh Ketua Jabatan untuk pegawai yang kematian suami atau isteri untuk BDR?

Ketua Jabatan wajib untuk membenarkan/mengarahkan BDR kepada pegawai yang kematian suami atau isteri sebaik sahaja tempoh CTR Kelompok Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan semasa telah digunakan. Tempoh pemberian BDR ini hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi tempoh dua (2) minggu termasuk Hari Kelepasan Mingguan, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am tertakluk pertimbangan Ketua Jabatan.

17. Berapa lamakah tempoh BDR yang layak bagi pegawai yang kematian suami atau isteri?

Tempoh pemberian BDR hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi dua (2) minggu termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

18. Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan penting kementerian/ jabatan?

Setiap kementerian/ jabatan mempunyai fungsi yang berbeza. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan menetapkan jenis perkhidmatan penting berdasarkan penetapan perkhidmatan penting oleh Kerajaan dari semasa ke semasa dalam memastikan kelancaran dan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

19. Sekiranya pegawai BDR diarahkan ke pejabat untuk melaksanakan kerja lebih masa selepas waktu pejabat, adakah pegawai boleh menuntut ELM?

Boleh. Pegawai layak dipertimbangkan ELM bagi kerja lebih masa yang dilaksanakan di Pejabat dan bukannya di rumah.

Waktu Bekerja Bukan Pejabat

1. Adakah pegawai di Jabatan X boleh memilih untuk menggunakan Waktu Bekerja Bukan Pejabat (WBBP)?

Waktu Bekerja Bukan Pejabat ditetapkan oleh Ketua Jabatan yang boleh dilaksanakan secara syif (giliran) atau terputus-putus mengikut keperluan perkhidmatan di jabatan yang berkenaan dan juga tertakluk kepada peraturan yang berkuat kuasa.

2. Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan untuk keseluruhan jabatannya atau beberapa bahagian yang terlibat sahaja untuk menggunakan WBBP?

Ketua Jabatan boleh menentukan waktu bekerja yang bersesuaian bagi keseluruhan atau sebahagian pegawai mengikut keperluan perkhidmatan agar penyampaian perkhidmatan tidak terjejas berdasarkan keperluan jabatan.

3. Adakah pegawai boleh diberikan lebih daripada satu (1) hari rehat dalam seminggu?

Boleh.
Ketua Jabatan dengan pertimbangannya boleh menyusun jadual bagi pegawai-pegawai yang terlibat dengan WBBP dengan memastikan sekurang-kurangnya satu (1) hari rehat diberikan kepada pegawai tertakluk kepada jumlah jam bekerja seminggu (7 hari) tersebut memenuhi 45 jam.

4. Sekiranya pegawai diberikan dua (2) hari rehat dalam seminggu, apakah ketetapan Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Mingguan bagi pegawai tersebut?

Bagi pegawai yang terlibat dengan WBBP dan telah diberikan 2 hari rehat dalam seminggu, konsep hari rehat adalah sama dengan Waktu Bekerja Pejabat, iaitu 1 hari dikenali sebagai Hari Rehat Mingguan (HRM) dan 1 hari adalah Hari Kelepasan Mingguan (HKM).

Oleh yang demikian, Ketua Jabatan hendaklah menentukan HRM dan HKM Pegawai pada jadual giliran bertugas pegawai yang terlibat dengan WBBP.

5. Puan Normah bekerja secara syif di Jabatan X yang dijadualkan untuk bertugas pada setiap malam bermula Isnin sehingga Ahad iaitu tujuh (7) hari dan tempoh bekerja sehari ialah selama 8 jam. Adakah Ketua Jabatan boleh membenarkan jadual tersebut?

Tidak boleh.
Pegawai hendaklah diberikan minimum satu (1) hari rehat atau maksimum tiga (3) hari rehat dalam seminggu tertakluk kepada penyusunan giliran jadual bertugas. Dalam hal ini, Ketua Jabatan dibenarkan untuk menyusun giliran hari bekerja antara empat (4) hari hingga enam (6) hari seminggu tertakluk kepada jumlah jam bekerja seminggu dipatuhi. Minggu ialah tempoh tujuh (7) hari yang berterusan bermula pada hari Isnin.

6. Puan Normah bekerja secara syif di Jabatan X. Pada minggu tersebut, giliran Puan Normah ialah pada hari Selasa, 7.00 pagi sehingga 3.00 petang. Pada hari yang sama, Puan Normah juga dijadualkan untuk bertugas pada syif malam bermula jam 10.00 malam sehingga 7.00 pagi. Adakah Ketua Jabatan boleh membenarkan jadual tersebut?

Tidak boleh.
Pengiraan satu (1) hari bagi Waktu Bekerja Syif adalah satu tempoh berterusan 24 jam bermula dari bila-bila masa pegawai itu memulakan kerja syif pada hari itu. Dalam hal yang sama, hanya satu (1) syif dibenarkan dalam tempoh satu (1) hari bekerja

7. Apakah yang akan berlaku sekiranya pegawai dijadualkan untuk bertugas pada Hari Kelepasan Am?

Sekiranya giliran bertugas pegawai jatuh pada Hari Kelepasan Am, maka pegawai hendaklah bertugas mengikut giliran pada hari tersebut. Walau bagaimanapun, pegawai layak menuntut Elaun Lebih Masa atas kadar Hari Kelepasan untuk jumlah jam bertugas mengikut gilirannya pada hari tersebut.

Dalam hal yang sama, sekiranya pegawai ingin menikmati Hari Kelepasan Am tersebut, maka pegawai hendaklah memohon cuti rehat yang berkelayakan baginya.

8. Adakah pegawai yang terlibat dengan WBBP, yang ditugaskan secara terputus-putus perlu berada di tempat kerjanya semasa dilepaskan daripada waktu bertugasnya?

Pegawai yang terlibat dengan Waktu Bekerja Terputus-putus, apabila dibebaskan daripada tugas, bebas memilih tempat untuk menghabiskan waktu dibebaskan yang tidak melebihi empat (4) jam dan tidak semestinya berada di tempat pegawai menjalankan tugasnya.

9. Adakah pegawai yang terlibat dengan WBBP juga perlu memohon kebenaran keluar pejabat daripada Pegawai Penyelianya sekiranya terdapat urusan peribadi yang perlu diselesaikan semasa dalam tempoh bertugas?

Ya.
Semua Pegawai Perkhidmatan Awam adalah tertakluk kepada peraturan semasa yang telah ditetapkan. Sekiranya tempoh pegawai meninggalkan pejabat dalam waktu bekerja melebihi empat (4) jam atau separuh daripada waktu bekerja sehari yang ditetapkan pada hari tersebut, maka pegawai dikehendaki mengambil Cuti Rehat atau cuti lain yang berkelayakan.

Pegawai hendaklah sentiasa bersedia untuk menggantikan semula tempoh waktu bekerja yang telah digunakan untuk tujuan menyelesaikan tugas hakikinya supaya penyampaian perkhidmatan tidak terjejas sekiranya diarahkan oleh Pegawai Penyelianya.

10. Adakah pegawai yang menanggung kerja atau dalam pemangkuan boleh diarahkan BDR?

Ketua Jabatan boleh mengarahkan atau mempertimbangkan mana-mana pegawai yang menanggung kerja atau dalam pemangkuan untuk BDR tertakluk kepada kelayakan dan syarat-syarat BDR yang berkuat kuasa.

11. Pegawai telah memohon untuk menggunakan kemudahan BDR setalah tamat tempoh Cuti bersalin. Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan atau membenarkan pegawai untuk BDR bagi tujuan untuk menjaga anaknya selepas tamat tempoh Cuti Bersalin?

Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pegawai untuk BDR selepas tamat tempoh Cuti Bersalin. Namun, ianya tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan dan keperluan kelangsungan tugasan yang perlu dilaksanakan oleh pegawai. Ketua Jabatan hendaklah mematuhi peraturan-peraturan dalam Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM) Ceraian SR.4.1.2 – Dasar Bekerja Dari Rumah.

12.Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan atau membenarkan pegawai untuk BDR bagi tujuan menjaga ahli keluarga yang sakit di hospital?

Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kemudahan BDR kepada pegawai bagi tujuan tersebut tertakluk kepada kepada kelayakan dan syarat-syarat BDR yang berkuat kuasa

Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan kemudahan BDR kepada pegawai bagi tujuan tersebut tertakluk kepada kepada kelayakan dan syarat-syarat BDR yang berkuat kuasa

13. Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai yang sedang menggunakan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan untuk BDR?

Tidak boleh.
Ketua Jabatan tidak boleh mengarahkan BDR kepada pegawai yang telah diluluskan kemudahan Cuti Menjaga Anak yang Dikuarantin atau Memerlukan Pengasingan di bawah peruntukan MyPPSM Ceraian SR.5.4.4.

14. Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai untuk BDR sekiranya pejabat/ premisnya mengalami gangguan utiliti?

Boleh.
Ketua Jabatan boleh mempertimbangkan pegawai untuk BDR sekiranya pejabat/ premis mereka bekerja mengalami gangguan utiliti yang boleh menganggu penyampaian perkhidmatan di pejabat/ premis tersebut.

15. Adakah Ketua Jabatan boleh mengarahkan pegawai yang kematian suami atau isteri untuk BDR?

Ketua Jabatan adalah diwajibkan untuk mengarahkan pegawai yang kematian suami atau isteri untuk BDR sebaik sahaja tempoh Cuti Tanpa Rekod Kelompok – Kematian Ahli keluarga Terdekat sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan semasa telah digunakan.

Ketua Jabatan juga hendaklah menetapkan tugasan yang bersesuaian dan memantau pelaksanaan tugasan tersebut.

16. Bilakah arahan BDR boleh dikeluarkan oleh Ketua Jabatan untuk pegawai yang kematian suami atau isteri untuk BDR?

Ketua Jabatan wajib untuk membenarkan/mengarahkan BDR kepada pegawai yang kematian suami atau isteri sebaik sahaja tempoh CTR Kelompok Urusan Kematian Ahli Keluarga Terdekat sebagaimana yang diperuntukkan dalam peraturan semasa telah digunakan. Tempoh pemberian BDR ini hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi tempoh dua (2) minggu termasuk Hari Kelepasan Mingguan, Hari Rehat Mingguan dan Hari Kelepasan Am tertakluk pertimbangan Ketua Jabatan.

17. Berapa lamakah tempoh BDR yang layak bagi pegawai yang kematian suami atau isteri?

Tempoh pemberian BDR hendaklah yang bersesuaian dan tidak melebihi dua (2) minggu termasuk Hari Rehat Mingguan, Hari Kelepasan Mingguan dan Hari Kelepasan Am.

18. Apakah yang dimaksudkan dengan perkhidmatan penting kementerian/ jabatan?

Setiap kementerian/ jabatan mempunyai fungsi yang berbeza. Adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan menetapkan jenis perkhidmatan penting berdasarkan penetapan perkhidmatan penting oleh Kerajaan dari semasa ke semasa dalam memastikan kelancaran dan kesinambungan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

19. Sekiranya pegawai BDR diarahkan ke pejabat untuk melaksanakan kerja lebih masa selepas waktu pejabat, adakah pegawai boleh menuntut ELM?

Boleh. Pegawai layak dipertimbangkan ELM bagi kerja lebih masa yang dilaksanakan di Pejabat dan bukannya di rumah.

Kebenaran Tidak Hadir Kerja Atas Sebab-Musabab Kecemasan Am

1. Ceraian SR.4.2.7 ini memperuntukkan kebenaran kepada pegawai tidak hadir bekerja atas sebab-musabab kecemasan am. Apakah yang dimaksudkan dengan kecemasan am dalam Ceraian ini?

Dalam Ceraian SR.4.2.7 ini, kecemasan am bermaksud suatu kejadian kecemasan yang berlaku seperti banjir, tanah runtuh, gempa bumi, jambatan runtuh, lain-lain mala petaka dan bencana alam, perintah berkurung dan perintah sekatan am oleh pihak berkuasa.

2. Bilakah pegawai boleh diberikan kebenaran untuk tidak hadir bekerja atas sebab-musabab kecemasan am?

Pegawai boleh diberikan kebenaran untuk tidak hadir bekerja apabila kejadian kecemasan am berkenaan telah menyebabkan terhalangnya perjalanan pegawai ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.

3. Apakah yang dimaksudkan dengan kecemasan peribadi?

Kecemasan peribadi bermaksud suatu kejadian kecemasan atau kes-kes bencana dan kemalangan yang berlaku ke atas peribadi atau yang melibatkan harta benda pegawai.

7. Sekiranya hanya kawasan persekitaran rumah pegawai sahaja yang terlibat dengan mala petaka dan bencana alam seperti kebakaran, banjir atau tanah runtuh dan menghalang perjalanan pegawai ke pejabat, adakah pegawai layak menggunakan kemudahan ini?

Layak.

Pegawai boleh diberikan kebenaran untuk tidak hadir bekerja apabila kejadian kecemasan berkenaan telah menyebabkan terhalangnya perjalanan pegawai ke pejabat atau ke tempat bekerja biasa.

16. Encik Amin dan isterinya Puan Normah dalam perjalanan dari rumah ke pejabat, berlaku kemalangan jalan raya yang menyebabkan kesesakan teruk. Adakah kedua-dua pegawai ini layak menggunakan kemudahan ini?

Tidak layak.

Insiden ini merupakan kecemasan peribadi. Sekiranya pegawai itu tidak hadir bekerja, beliau hendaklah mendapat kebenaran cuti daripada Ketua Jabatannya.

17. Rumah Encik Azuan telah disambar petir pada malam Ahad dan telah menyebabkan kebakaran. Adakah beliau layak menggunakan kemudahan ini?

Tidak layak.

Insiden ini merupakan kecemasan peribadi. Sekiranya pegawai itu tidak hadir bekerja, beliau hendaklah mendapat kebenaran cuti daripada Ketua Jabatannya.

18. Adakah pegawai lantikan secara kontrak (COS) layak menggunakan kemudahan ini?

Layak.

Kemudahan ini layak diberikan kepada semua kategori pegawai sedang berkhidmat yang dilantik oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak.