Skim Perkhidmatan
Terma dan Takrifan
| TERMA | TAKRIFAN |
1. | Kumpulan Perkhidmatan | Kumpulan Perkhidmatan adalah kelompok perkhidmatan yang disusun mengikut keutamaan peranan, prinsip-prinsip kumpulan gaji dan kelayakan akademik yang ditetapkan sebagai syarat kelayakan masuk. |
2. | Kumpulan Pengurusan Tertinggi | Kumpulan Perkhidmatan berbentuk kenaikan pangkat daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi jawatan-jawatan strategik. Ia terdiri daripada Gred Jawatan Utama C dan ke atas. |
3. | Kumpulan Pengurusan & Profesional | Kumpulan Perkhidmatan yang terdiri daripada skim perkhidmatan yang memperuntukkan syarat kelayakan masuk sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda atau kelayakan-kelayakan lain yang lebih tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan. |
4. | Kumpulan Pelaksana | Kumpulan Perkhidmatan yang terdiri daripada skim-skim perkhidmatan memperuntukkan syarat kelayakan masuk peringkat diploma dan ke bawah yang diiktiraf oleh Kerajaan. |
5. | Skim Perkhidmatan | Satu dokumen yang mengandungi syarat-syarat bagi melantik seseorang ke mana-mana perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam. |
6. | Skim Perkhidmatan Bersepadu | Skim perkhidmatan yang menggabungkan dua atau lebih kumpulan kelayakan akademik dalam satu skim perkhidmatan. Contohnya kelompok Kumpulan Pelaksana berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Kumpulan Pelaksana berkelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau diploma |
7. | Skim Perkhidmatan Jumud | Skim perkhidmatan yang fungsi perkhidmatannya yang tidak lagi diperlukan (obsolete) dan semua pelantikan baharu diberhentikan. Sesuatu perkhidmatan itu boleh dijumudkan atas sebab-sebab berikut:
|
Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A)1/2012]:
5. (1) Semua pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam hendaklah mengikut syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa pada masa itu.
Kelayakan yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf adalah menjadi salah satu syarat utama untuk pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam sebagaimana yang dinyatakan dalam skim-skim perkhidmatan.
Syarat Kelayakan Bahasa Melayu/ Bahasa MalaysiaKeputusan Jawatankuasa Jemaah Menteri pada bulan Ogos 1968 telah bersetuju supaya kelulusan dalam subjek Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia dijadikan sebagai satu syarat wajib untuk lantikan ke dalam perkhidmatan awam.
- Permohonan Agensi/ Ketua Perkhidmatan
- Keputusan Dasar/ Arahan Pemegang Taruh (Stakeholders)
- Perlembagaan Persekutuan, Perkara 112.
- Perlembagaan Persekutuan, Perkara 132.
- Akta Acara Kewangan, Seksyen 15(3), 1957.
- Akta Tugas-Tugas Menteri 1969.
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan )2012, Perkara 5.
Menyelesaikan kajian mengikut tempoh masa seperti berikut:
- Penggubalan skim perkhidmatan yang lengkap maklumatnya dalam tempoh 8 bulan;
- Pindaan kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang lengkap maklumatnya dalam tempoh 6 bulan; dan
- Kelonggaran syarat skim perkhidmatan yang lengkap maklumatnya dalam tempoh 1 bulan.
- Encik Muhammad Amal bin Abu Bakar
03-88854240
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. - Puan Noradiana binti Mohd Ismail
03-88854223
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. - Puan Zarina binti Zakaria
03-8885 4237
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
- Jumlah paparan: 278228