Sabtu, 20 April 2024
11 Syawal 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

BAYARAN BALIK PINJAMAN PELAJARAN JABATAN PERKHIDMATAN AWAM (JPA) BAGI PENAJAAN TAHUN 2016 DAN KE ATAS

Kerajaan telah memperkenalkan model baharu penajaan bermula tahun 2016. Model baharu penajaan yang dilaksanakan adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU 2016). Pelaksanaan ini adalah selari dengan prinsip pulangan pelaburan kepada negara (ROI) dalam memastikan Kerajaan akan memperoleh bakat yang terbaik untuk Perkhidmatan Awam. Di samping itu, prinsip ini berupaya mewujudkan sifat kebertanggungjawaban kepada negara. Perjanjian pinjaman akan dikuatkuasakan mengikut empat keadaan seperti berikut:

  1. Penukaran pinjaman kepada kontrak berkhidmat sekiranya pelajar berkhidmat dengan Kerajaan/Badan berkanun setelah tamat pengajian dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian;
  2. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dengan Kerajaan setelah tamat pengajian dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian;
  3. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan Syarikat Milik Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian;
  4. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian; dan
  5. Bayaran balik keseluruhan pinjaman sekiranya pelajar bekerja di luar negara.

Kemudahan pemberian diskaun (daripada jumlah keseluruhan pinjaman), akan diberikan kepada mana-mana peminjam yang berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Telah menyelesaikan tempoh berkhidmat sama ada di GLC/Swasta seperti mana yang dinyatakan dalam perjanjian; dan
  2. Menyelesaikan tempoh berkhidmat di GLC/Swasta yang sama dalam tempoh minimum yang telah dinyatakan di dalam perjanjian;

Bagi peminjam yang menepati semua syarat seperti di atas dan ingin memohon pertimbangan pengurangan bayaran balik, setiap permohonan hendaklah diiringi dengan dokumen (yang disahkan), seperti berikut:

  1. Surat Permohonan Pengurangan bayaran balik
  2. Surat Pengesahan Majikan
  3. Cabutan carian Syarikat dari SSM
  4. Salinan Surat Tawaran Pinjaman JPA

Semua dokumen tersebut PERLU dikemukakan secara emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau diposkan ke alamat seperti berikut:

Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi,
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA

TUNTUTAN GANTI RUGI BIASISWA PERSEKUTUAN/PINJAMAN PELAJARAN PERSEKUTUAN MULAI TAHUN 2016

Pegawai/Pelajar yang mendapat tajaan “Biasiswa Persekutuan/Pinjaman Pelajaran Persekutuan”, tetapi telah ditamatkan penajaan kerana telah melanggar syarat-syarat perjanjian akan dikenakan tuntutan ganti rugi.

Notis Tuntutan Ganti Rugi akan dikeluarkan kepada pegawai/pelajar berkenaan dan tuntutan ganti rugi ini hendaklah diselesaikan secara menyeluruh (lumpsum) dalam tempoh 60 HARI / 25 HARI dari tarikh “Notis Tuntutan”, dikeluarkan (Tertakluk kepada perjanjian yang ditandatangani.

KAEDAH BAYARAN BALIK

Lampiran Kaedah Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Dan Ganti Rugi JPA
https://docs.jpa.gov.my/docs/images/BMI/Kaedah_Bayaran_Balik_Pinjaman_GantiRugi_JPA.pdf

PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan tuntutan bayaran balik pinjaman/tuntutan ganti rugi, bolehlah dibuat melalui panggilan telefon, di talian 03-8000 8000 atau di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Maklumat lanjut berhubung isu-isu bayaran balik pinjaman dan tuntutan ganti rugi boleh rujuk pada Soalan Lazim (https://www.jpa.gov.my/soalan-lazim-sm/pembangunan-modal-insan/pengurusan-kutipan-dan-ganti-rugi)