Khamis, 28 Mac 2024
18 Ramadan 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

Cebisan Ucapan
Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-12
22 Mac 2011
Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

 

Petikan kandungan ucapan Y.A.B Perdana Menteri ialah:

1.     Pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP

“Tuan-tuan dan puan-puan sebagai tanda penghargaan kepada para penjawat awam yang telah berjasa, kerajaan dengan ini membuat keputusan bahawa berkuat kuasa mulai tarikh semasa pesara skim KWSP yang bersara pada umur wajib atau yang bersara di bawah Seksyen 6A(6), Akta 227/239 termasuk ahli keluarga tanggungan pesara layak menikmati kemudahan rawatan perubatan percuma.Pelaksanaan pemanjangan kemudahan rawatan perubatan percuma kepada pesara skim KWSP ini hanya diberi kepada anggota perkhidmatan awam di bawah skim KWSP yang telah bersara wajib oleh Kerajaan Persekutuan, atau Negeri atau Pihak Berkuasa Berkanun dan Tempatan. Walau bagaimanapun ia tidak merangkumi mereka yang meletakkan jawatan atau meninggalkan perkhidmatan atas kehendak sendiri.”

2.  Pemansuhan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran untuk persaraan pilihan sendiri

“Di samping itu berkat usaha kerajaan menguruskan kewangan dengan bijak sehingga kita mulai pulih daripada masalah ekonomi, berkuat kuasa mulai tarikh semasa juga ganjaran akan dibayar seratus peratus kepada anggota sektor awam yang bersara pilihan di bawah skim pencen sekali gus memansuhkan penangguhan bayaran sebahagian ganjaran untuk semua.”