Khamis, 18 April 2024
09 Syawal 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

Lapor Diri Tamat Pengajian

  • Perkara pertama yang perlu dilakukan oleh pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) selepas menamatkan pengajian dengan jaya/tidak adalah melapor diri ke JPA secara online melalui Portal MySELF.
  • Tempoh yang diberikan untuk melapor diri adalah 30 hari selepas tamat pengajian (tarikh peperiksaan terakhir/pembentangan terakhir/apa-apa perkara yang mencakupi keputusan akademik). Kaedah lapor diri hendaklah dilakukan secara online dengan mengakses laman web yang berikut:
    • Taip https://myself.jpa.gov.my;
    • Klik pada Daftar eSILA-ID (sekiranya masih belum mempunyai kata laluan);
    • Log-in, Klik pada tab Pengajian; dan
    • Klik pada menu Lapor Diri Tamat Pengajian, isi semua maklumat dan klik Hantar Permohonan.
  • Pelajar perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut:
    1. Salinan sijil Diploma/Ijazah/Masters/PhD (boleh dikemukakan selepas majlis konvokesyen);
    2. Salinan Transkrip Peperiksaan (boleh dikemukakan selepas majlis konvokesyen);
    3. Bukti permohonan jawatan dengan Pihak Berkuasa Melantik (https://www.spa.gov.my) - (Bagi pelajar tajaan  biasiswa JPA sahaja) - (Pelajar dikehendaki memohon sekurang-kurangnya 5 jawatan yang setara/sesuai dengan kelulusan akademik terkini - bagi pelajar di bidang selain perubatan, pergigian dan farmasi); dan
    4. Salinan Passport (ruang cop imigresen) atau Salinan Tiket Penerbangan Balik (Bagi pelajar tajaan di luar negara sahaja).
  • Lapor diri pelajar perlu dilaksanakan secara persendirian kerana terdapat maklumat-maklumat di Portal yang perlu diisi sendiri oleh pelajar. 
  • Sekiranya terdapat dokumen-dokumen yang masih belum diperolehi, pelajar perlu mengisi Borang Permohonan Pekerjaan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerusi laman web https://www.spa.gov.my dan memuat naik slip bukti permohonan jawatan SPA yang diperolehi dari laman web tersebut ke dalam Portal MySELF. Dokumen-dokumen lain boleh dimuat naik setelah diperolehi kelak.
  • Lapor diri adalah diwajibkan kepada semua pelajar tajaan JPA dan tiada pengecualian. Sekiranya pelajar gagal dalam pengajian dan diberhentikan oleh pihak universiti, pelajar juga perlu melapor diri di Jabatan ini melalui proses yang sama.
  • Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan ini tidak lagi melakukan lapor diri secara manual setelah Portal Myself dibangunkan pada Disember 2014. Jika terdapat sebarang masalah berhubung proses lapor diri di portal MySELF tersebut, sila email kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan menyertakan print screen berkaitan permasalahan tersebut atau hubungi 03-8885 3669/3379/3375/3376/3050.
  • Pemegang biasiswa JPA (bidang pengajian selain perubatan, pergigian dan farmasi) adalah dikehendaki untuk menyertai Program Scholarship Talent Attraction and Retention (STAR) dengan melayari laman web https://star.talentcorp.com.my.
  • Program ini adalah satu program yang membenarkan pelajar tajaan JPA bekerja dengan syarikat swasta dalam negara bagi memenuhi ikatan kontrak berkhidmat.
  • Jabatan ini juga telah memansuhkan tempoh masa menunggu panggilan pekerjaan daripada pihak berkuasa melantik (SPA). Pelajar perlu mendapatkan pekerjaan dengan syarikat swasta dan mengemukakan surat tawaran pekerjaan menerusi Portal STAR. Pelajar tajaan boleh memohon pekerjaan secara persendirian atau memuat naik resume/CV menerusi portal STAR tersebut.