Ahad, 25 Ogos 2019
24 Zulhijjah 1440
A- A A+

Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), mengucapkan penghargaan terima kasih di atas keperihatinan dan cadangan yang diberikan oleh Encik Anthony Thanasayan, penulis artikel bertajuk "Needless Woes", ruangan Star Living, mukasurat 13 terbitan akhbar The Star hari ini dalam menambah baik prasarana untuk golongan orang kurang upaya (OKU) di INTAN.

Pihak INTAN amat berbesar hati di atas segala cadangan, maklumbalas dan keperihatinan setiap individu dalam usaha memantapkan lagi INTAN sebagai sebuah institusi latihan dan pembelajaran sektor awam bertaraf dunia.

Menyediakan perkhidmatan dan kemudahan kepada golongan OKU adalah menjadi dasar dalam sistem sokongan dan kemudahan latihan INTAN.  Kemudahan mesra OKU seperti laluan, parkir,serta tandas OKU sememangnya tersedia di Kampus Utama Bukit Kiara dan kampus-kampus wilayah INTAN yang lain. Malah, laman web rasmi INTAN (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) turut menyediakan kemudahan W3C Capaian Kurang Upaya bagi memudahkan pencapaian portal.

Bagi memastikan golongan OKU dapat menjalani latihan dalam keadaan yang selesa di INTAN, mereka adalah dinasihatkan untuk memaklumkan pihak INTAN lebih awal bagi membolehkan kami mengatur program latihan untuk diadakan di bilik-bilik kuliah/makmal dengan kemudahan yang bersesuaian.

Sebagai usaha penambahbaikan berterusan, INTAN mengalu-alukan sebarang pandangan untuk meningkatkan prasarana yang sedia ada bagi membolehkan semua golongan tanpa diskriminasi dapat menjalani latihan di INTAN dalam suasana pembelajaran yang selamat, kondusif dan mesra pelanggan.

Adalah menjadi matlamat kami untuk menjadikan INTAN model Mesra OKU.

24 November 2011
Unit Korporat
Institut Tadbiran Awam Negara(INTAN)
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

Tel: 03-2084 7606
Fax: 03-2093 9490
Email: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.