Prinsip yang diguna pakai adalah seperti yang dinyatakan dalam Peraturan 44 (1) dan 44(2) (a), (b) dan (c) - Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan 2012) [P.U.(A) 1/2012].
Gaji yang diterima oleh seseorang pegawai awam yang dinaikkan pangkat hendaklah lebih tinggi daripada gaji akhir yang diterima dalam gred terdahulu dan perbezaannya hendaklah tidak kurang daripada satu (1) pergerakan gaji atas gred terdahulu.