Jumaat, 23 Ogos 2019
22 Zulhijjah 1440
A- A A+

Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan

1. Kenaikan kadar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8/2015 (PP8/2015) hanya melibatkan Gred 41/42 dan ke bawah sahaja. Adakah pemberian 25% ITP kepada pegawai yang diperuntukkan kuarters juga hanya melibatkan Gred 41/42 dan ke bawah sahaja?
2. Pegawai yang bertukar wilayah dan mendiami kuarters adakah layak dibayar 25% ITP?
3. Adakah pegawai bertukar wilayah yang sebelum ini memilih Elaun Perumahan Wilayah (EPW) kerana kadarnya lebih tinggi boleh menukar untuk memilih ITP?
4. Pasangan pegawai yang kedua-duanya berasal dari Semenanjung ditugaskan ke Sabah. Walau bagaimanapun, suami ditempatkan di Sandakan manakala isteri ditempatkan di Kota Kinabalu dan kedua-dua pegawai diperuntukkan kuarters (Rumah Biasa Kerajaan) di tempat bertugas masing-masing. Adakah pegawai layak dibayar 25% ITP?
5. Pasangan pegawai yang kedua-duanya berasal dari Semenanjung ditugaskan ke Sabah. Walau bagaimanapun, suami ditempatkan di Sandakan manakala isteri ditempatkan di Kota Kinabalu. Hanya seorang sahaja yang diperuntukkan kuarters (Rumah Biasa Kerajaan). Adakah pegawai layak dibayar 25% ITP?
6. Pegawai yang tinggal di asrama [ITP dan Bantuan Sara Hidup (BSH) (50%) dipotong]. Adakah pegawai layak dibayar 25% ITP seperti dalam PP8/2015?
7. Pegawai yang mendiami Rumah Khas Jabatan/Jawatan adakah layak dibayar 25% ITP?
8. Adakah pegawai yang menerima Bayaran Perumahan Khas (BPK) akan diselaraskan kadarnya mengikut PP8/2015?
9. Apakah kadar ITP bagi pegawai yang sedang bercuti tanpa gaji?
10. Apakah kadar ITP bagi pegawai yang sedang Cuti Belajar Bergaji Penuh (CBBP)?
11. Adakah PP8/2015 terpakai kepada pegawai lantikan sementara, Contract Of Service dan Contract For Service?
12. Adakah PP8/2015 ini berkuat kuasa kepada pegawai yang masih kekal dalam Sistem Saraan Baru dan Skim Perkhidmatan Jawatankuasa Kabinet 1976 (JKK 1976)?
13. Adakah pegawai yang berkhidmat di luar negara dan mendiami kuarters yang disewa oleh jabatan atau kuarters yang disediakan oleh jabatan layak menerima ITP pada kadar 25%?
14. Rujukan :

Bayaran Lebih Masa

1. Apakah yang dimaksudkan dengan kerja lebih masa?
2. Siapakah yang layak diberi Bayaran Lebih Masa?
3. Adakah pegawai yang berkelayakan diberi Bayaran Lebih Masa boleh memilih untuk ditukar dengan Cuti Gantian?
4. Adakah pegawai yang menjalankan kerja lebih masa di luar kawasan ibu pejabat boleh menuntut Bayaran Lebih Masa dan Elaun Bertugas Rasmi di Luar Ibu Pejabat?
5. Adakah pegawai yang menjadi peserta kursus / seminar / bengkel yang diadakan di luar waktu bekerja boleh dibayar Bayaran Lebih Masa?
6. Apakah syarat-syarat kerja yang membolehkan seseorang menuntut Bayaran Lebih Masa?
7. Adakah pegawai yang diarahkan bertugas lebih masa pada hari-hari kelepasan am/ rehat mingguan/ rehat sabtu boleh dibayar tuntutan perjalanan dari rumah ke pejabat?
8. Adakah seorang pemandu dan pegawai lain yang bertugas di luar Ibu Pejabat layak menuntut Bayaran Lebih Masa dalam semasa dalam perjalanan?
9. Adakah seseorang pegawai yang sedang bercuti rehat dan kemudiannya dipanggil untuk bertugas dibenarkan menuntut Bayaran Lebih Masa?

Elaun Bertukar Wilayah

1. Apakah elaun dan kemudahan yang layak diberi kepada pegawai yang bertukar wilayah?
2. Apakah yang dimaksudkan dengan bertukar wilayah?
3. Adakah pegawai yang dilahirkan di Semenanjung Malaysia dan bertugas di Semenanjung Malaysia boleh mengisytiharkan wilayah asalnya dari Sabah kerana ibunya lahir di Sabah manakala bapanya lahir di Semenanjung?
4. Adakah pegawai yang bertukar wilayah perlu dibayar Elaun Perumahan Wilayah (EPW) atau boleh memilih untuk dibayar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)?
5. Bilakah tarikh pegawai layak dibayar Elaun Perumahan Wilayah (EPW)?
6. Apakah yang dimaksudkan kemudahan Tambang Ehsan?
7. Apakah yang dimaksudkan dengan Elaun Gangguan?
8. Siapakah yang layak diberi kemudahan Tambang Mengiringi Jenazah kepada keluarga pegawai yang bertukar wilayah?
9. Rujukan:

Rawatan Luar Stesen

1. Siapa yang layak untuk mendapatkan rawatan di luar stesen?
2. Apakah kelayakan elaun-elaun yang boleh diberi kepada seseorang pegawai yang dirujuk untuk mendapatkan rawatan perubatan di luar stesen pegawai bertugas?
3. Sekiranya pegawai mendapatkan rawatan luar stesen tanpa pengesahan pegawai perubatan tempatan, adakah pegawai layak untuk menuntut elaun-elaun tersebut?
4. Apakah yang dimaksudkan dengan istilah ‘keluarga pegawai’?
5. Sekiranya pegawai mengiringi ibu atau bapa untuk mendapatkan rawatan di luar stesen pegawai bertugas (atas perakuan pegawai perubatan tempatan), adakah pegawai layak untuk menuntut elaun-elaun tersebut?
6. Jika pegawai perubatan tempatan memperakukan bahawa pegawai atau ahli keluarga pegawai yang sakit perlu diiring, apakah kelayakan elaun-elaun bagi pengiring tersebut?
7. Apakah kadar Elaun Makan bagi suami/isteri pegawai yang layak dituntut oleh pegawai?
8. Sekiranya, suami dan isteri adalah merupakan pegawai Perkhidmatan Awam, adakah tuntutan boleh dibuat oleh kedua-duanya?
9. Sekiranya pegawai dikehendaki mengiring keluarganya untuk mendapatkan rawatan di luar stesen, adakah pegawai layak memohon sebarang Cuti Tanpa Rekod untuk tujuan tersebut?

Tuntutan Pertukaran/ Perpindahan atas Permohonan Sendiri

1. Adakah pegawai yang diluluskan bertukar atas permohonan sendiri layak menuntut bayaran perpindahan?
2. Adakah pesara yang memilih untuk bersara awal layak menuntut bayaran perpindahan selepas bersara?
3. Rujukan:

Elaun Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat (PSP/SP)

1. Seorang Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat (PSP/SP) yang telah menerima Elaun PA kerana menjadi Pembantu Khas kepada Pegawai yang diluluskan seorang PA telah mengambil Cuti Bersalin. Bolehkah elaun tersebut dibayar dalam tempoh beliau cuti bersalin tersebut?
2. Seorang PSP/SP telah diminta oleh Ketua Jabatannya untuk menjadi PA sementara kepada seorang Ketua Jabatan kerana PA beliau yang sedia ada telah Cuti bersalin. Dalam keadaan ini bolehkah PSP/SP tersebut dibayar Elaun PA sepanjang tempoh beliau menjadi PA ganti tersebut.
3. Seorang PSP/SP Gred N17 telah ditempatkan oleh Ketua Jabatannya menjadi Pembantu Khas kepada seorang Pegawai yang berada di Gred Utama C. Dalam keadaan ini berapakah kadar yang boleh dibayar kepada PSP/SP Gred N17 tersebut? Adakah mengikut kadar RM75.00 ataupun RM100.00 iaitu mengikut kadar jawatan Gred N22?
4. Seorang PSP/SP Gred N17 telah diletakkan secara pentadbiran oleh Jabatannya menjadi Pembantu Khas kepada seorang pegawai yang berada di Gred M48. Beliau telah memohon untuk dibayar elaun PA. Dalam keadaan ini bolehkah Jabatannya membayar elaun tersebut kepada beliau?
5. Seorang Ketua Jabatan yang telah diluluskan seorang Pembantu Khas telah bertukar ke jabatan lain kerana kenaikan pangkat. Setelah beberapa bulan jawatan yang ditinggalkannya masih juga belum ada pengganti atau masih belum diiisi. Dalam keadaan ini bagaimanakah kedudukan Elaun Pembantu Khas yang diterima oleh PSP/SP yang menjadi PA pegawai tersebut?
6. Seorang PSP/SP Gred N17 telah ditempatkan bertugas di Pejabat seorang Timbalan Menteri dan bertugas secara terus dengan Timbalan Menteri tersebut dalam segala hal ehwal pentadbiran di Pejabat Timbalan Menteri tersebut. Beliau telah memohon untuk dibayar Elaun Pembantu Khas. Dalam keadaan ini bolehkah beliau menerima elaun tersebut?
7. Rujukan:

Bantuan Sara Hidup

1. Adakah pegawai yang diluluskan Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) layak dibayar BSH?
2. Adakah pegawai yang diperuntukkan Rumah Khas Jawatan/ Jabatan (dalam lingkungan 25km dari pejabat) yang dibayar Bayaran Perumahan Khas layak BSH dengan kadar separuh.
3. Rujukan:

Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS)

1. Seorang Pegawai yang menyandang jawatan sebagai Penyelenggara Stor Rendah gred N11 telah menjalankan tugas sepenuhnya dalam bidang pengurusan stor di sesebuah jabatan. Bolehkah beliau dibayar BITPS?
2. Bagaimanakah kedudukan BITPS yang diterima oleh Pegawai ini, sama ada boleh terus dibayar atau perlu dihentikan?
3. Seorang Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 yang telah diarahkan untuk menanggung kerja dan menjalankan tugas pengurusan stor kerana penyandang yang sedia ada telah mendapat Cuti Sakit selama 3 bulan. Dalam keadaan ini bolehkah pegawai ini dibayar BITPS?
4. Seorang Pegawai telah dilantik secara sambilan sebagai PT(P/O) di sebuah Jabatan Kerajaan. Pegawai tersebut telah ditugaskan untuk menjalankan tugas pengurusan stor secara sepenuh masa. Dalam keadaan ini bolehkan BITPS dibayar kepada Pegawai ini?
5. Bilakah tarikh yang sebenar diambil kira bagi pembayaran BITPS dari RM40.00 kepada RM80.00 selepas seseorang pegawai itu lulus peperiksaan. Adakah ianya diambil kira dari tarikh peperiksaan diadakan atau mengikut tarikh keputusan peperiksaan dikeluarkan?
6. Seorang Pembantu Tadbir (P/O) telah diarahkan oleh Ketua Jabatannya untuk menjalankan tugas kewangan serta tugas pengurusan stor secara sepenuh masa, kerana kekurangan kakitangan. Dalam kes seperti ini bolehkah Pegawai ini dibayar BITK serta BITPS kerana kedua-dua tugas tersebut adalah merupakan tugas beliau sepenuh masa?
7. Rujukan:

Elaun Perumahan Wilayah (EPW)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan pegawai yang bertukar wilayah dan takrifan berasal?
2. Bolehkah EPW dibayar kepada Pegawai yang bertugas di Sabah sedangkan ianya telah dilahirkan di Sabah dan ibu bapanya juga adalah berasal dari Sabah?
3. Bagaimanakah kedudukan EPW pegawai yang bertugas di Semenanjung dan dilahirkan di Semenanjung sedangkan bapa pegawai berasal dari Sarawak manakala ibunya berasal dari Semenanjung?
4. Adakah pegawai layak dibayar EPW sekiranya pegawai mendiami rumah yang telah dibeli oleh pasangannya melalui pinjaman perumahan Kerajaan?
5. Adakah EPW dibayar mengikut tarikh pegawai lapor diri di wilayah penempatan atau memohon terlebih dahulu?
6. Adakah pegawai yang membeli rumah berhampiran dengan pejabat beliau bekerja menggunakan pinjaman swasta layak dibayar EPW?
7. Pegawai ingin menukarkan EPW kepada Imbuhan Tetap Perumahan (ITP). Ini kerana pegawai melihat kadar ITP lebih tinggi daripada kadar EPW. Adakah pegawai layak untuk menukar elaun tersebut?
8. Rujukan:

Elaun Gangguan

1. Adakah pegawai yang berasal dari Sabah boleh dibayar Elaun Gangguan sepenuhnya di Sabah sebelum beliau bertukar ke Semenanjung?
2. Bolehkah pembayaran Elaun Gangguan dikebelakangkan sekiranya tempoh pertukaran telah lama berlalu?
3. Jabatan manakah yang bertanggung jawab membuat pembayaran Elaun Gangguan?
4. Adakah terdapat tempoh masa untuk tarikh mengemukakan tuntutan Elaun Gangguan?
5. Rujukan:

Bayaran Insentif Wilayah (BIW)

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Bayaran Insentif Wilayah (BIW). Siapakah pegawai yang layak diberi bayaran tersebut?
3. Adakah pegawai yang telah diberi Bayaran Insentif Wilayah juga layak diberi Bayaran Bantuan Sara Hidup?
4. Bagi pegawai yang berkursus lebih dari tiga (3) bulan, sama ada di dalam atau di luar negeri, Bayaran Insentif Wilayah akan diberhentikan, adakah pegawai layak menerima kos Bantuan sara Hidup mengikut dimana wilayah pegawai berkursus?
5. Bayaran Insentif Wilayah (BIW) biasanya dibayar kepada pegawai yang berkhidmat di wilayah selain daripada wilayah asal. Apakah justifikasinya bagi seorang Pensyarah yang berasal dari Sarawak dan berkhidmat dengan UNIMAS (Sarawak) mendapat BIW.
6. Adakah pegawai suami dan isteri layak menerima Elaun Perumahan Wilayah dalam situasi suami berkhidmat di Sarawak manakala isteri berkhidmat di Sabah?
7. Rujukan:

Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian bagi Cuti Rehat yang Tidak Dapat Dihabiskan oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak (Contract of Service)

1. Apakah rasional pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?
2. Siapakah yang layak diberi wang tunai di bawah SPP 17/2008?
3. Berapakah bilangan Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?
4. Apakah kadar kelayakan Cuti Rehat bagi pegawai lantikan secara kontrak?
5. Berapakah bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?
6. Bilakah wang tunai di bawah SPP 17/2008 boleh dibayar kepada pegawai?
7. Adakah pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat layak menikmati pemberian wang tunai di bawah SPP17/2008?
8. Bagi pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat, adakah perjanjian kontrak yang telah ditandatangani perlu dipinda/ditambah dengan peruntukan baru bagi membolehkan pegawai layak diberi pemberian wang tunai dibawah SPP 17/2008?
9. Rujukan: