Jumaat, 19 Julai 2019
16 Zulkaedah 1440
A- A A+

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Kesebelas, antara lain, memberi penekanan dan penegasan terhadap kepentingan Mereformasi Perkhidmatan Awam bagi memperkukuhkan kapasiti pentadbiran dan menambah baik tadbir urus. Natijah penegasan ini adalah untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhadap Perkhidmatan Awam.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebagai 'PENERAJU PEMBAHARUAN, PENGGERAK PERUBAHAN' pengurusan dan pembangunan sumber manusia perkhidmatan awam telah menggerakkan agenda reformasi  untuk membangunkan kepimpinan yang “agile” dan “holacracy”, modal insan yang “mobile”, “multi-tasking”, ”multi-talented” dan kreatif, organisasi yang digital, “hybrid” dan kendiri, budaya kerja yang berfokuskan pelanggan, fleksibel, berinovasi dan terbuka serta penyampaian perkhidmatan yang berintegriti dan profesional. Melalui kerangka agenda reformasi ini adalah diharapkan perkhidmatan awam akan menjadi sebuah entiti yang bersatu dan boleh dipercayai untuk menyampai dan menzahirkan agenda nasional Kerajaan. Dalam menjayakan agenda reformasi yang telah direncanakan, data dan maklumat merupakan antara aset yang amat penting disediakan supaya setiap perancangan dan keputusan seharusnya dilaksanakan berteraskan maklumat dan informasi yang tepat.

Dalam aspek ini Portal JPA telah dibangunkan untuk berkongsi maklumat yang boleh dimanfaatkan oleh penjawat awam. Portal dwi bahasa ini menyediakan maklumat-maklumat penting mengenai pengurusan dan pembangunan sumber manusia perkhidmatan awam. Capaian-capaian mesra pelanggan turut disediakan supaya penjawat awam berupaya menggunakan portal JPA dengan mudah. Saya menyeru semua penjawat awam memanfaatkan sepenuhnya Portal JPA.


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

SAYA YANG MENJALANKAN AMANAH

DATUK SERI BORHAN BIN DOLAH
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam