Rabu, 17 Julai 2019
14 Zulkaedah 1440
A- A A+

Seminar Integriti Dan Pencegahan Rasuah Pegawai Kumpulan Pelaksana

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam akan menganjurkan Seminar Integriti dan Pencegahan Rasuah bagi Pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 19 – 40 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan untuk memberi pendedahan, kefahaman dan meningkatkan kesedaran pegawai tentang kepentingan integriti dan pencegahan rasuah dalam Perkhidmatan Awam.

Bil.

Tarikh

Seminar

Peserta

Tempat

Tarikh Tutup
Permohonan

1.

 

6 Ogos 2019
(Selasa)


8.00 pagi –

5.00 petang

Integriti dan Pencegahan Rasuah

 Pegawai Kumpulan Pelaksana Gred 19 – 40 Perkhidmatan Gunasama Persekutuan

Auditorium SPRM, Putrajaya

15 Julai 2019 (Isnin)

 

Sehubungan itu Pegawai Kumpulan Pelaksana Perkhidmatan Gunasama Persekutuan dari Skim Perkhidmatan Penolong Pegawai Tadbir, Setiausaha Pejabat/Pembantu Setiausaha Pejabat, Penolong Pegawai Latihan Vokasional/Pembantu Pegawai Latihan Vokasional, Penolong Pegawai Psikologi, Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi), Pembantu Tadbir (Kewangan) dan Pegawai Khidmat Pelanggan adalah dipelawa untuk menghadiri seminar ini dengan mengisi permohonan secara online di pautan Borang Seminar Integriti dan Pencegahan Rasuah ini sebelum tarikh tutup permohonan.

Sebarang pertanyaan berkaitan seminar ini boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut:

  1. Puan Zalina binti Morad
    E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Telefon: 03-88854250,
  2. Encik Sahhabillah bin Abdul Shukor
    E-mel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  Telefon: 03-88854350

Surat tawaran menghadiri seminar akan dikemukakan melalui e-mel kepada peserta yang terpilih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENERAJU PEMBAHARUAN, PENGGERAK PERUBAHAN”

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Perkhidmatan
Sektor Pengurusan Perkhidmatan Kumpulan Pelaksana
Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Gunasama
Aras 1, Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P PUTRAJAYA