Elaun
Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian bagi Cuti Rehat yang Tidak Dapat Dihabiskan oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak (Contract of Service)
1. Apakah rasional pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?
Pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan oleh Kerajaan atas jasa dan
sumbangan yang telah diberikan oleh seseorang pegawai lantikan secara kontrak (Contract Of Service).
2. Siapakah yang layak diberi wang tunai di bawah SPP 17/2008?
Wang tunai di bawah SPP 17/2008 adalah layak diberi kepada pegawai lantikan secara kontrak yang memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Pegawai dilantik secara contract of service berdasarkan PP 2/2008;
2. Tempoh sesuatu kontrak yang berkuatkuasa hendaklah tidak kurang daripada satu (1) tahun; dan
3. Persetujuan untuk pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 dimasukkan sebagai peruntukan baru yang ditambah dalam syarat
perjanjian kontrak tetapi peruntukan tersebut hanya dimasukkan bagi kontrak baru yang ditandatangani mulai 1 Januari 2009
** Peraturan ini hanya terpakai kepada kontrak baru yang berkuatkuasa mulai 1 Januari 2009.
3. Berapakah bilangan Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?
Bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 bagi sesuatu kontrak adalah
sebanyak lapan (8) hari atau satu per empat (1/4) daripada kadar Cuti Rehat untuk setahun, mengikut mana yang lebih rendah.
4. Apakah kadar kelayakan Cuti Rehat bagi pegawai lantikan secara kontrak?
Pegawai lantikan secara kontrak layak diberi kemudahan Cuti Rehat mengikut kelayakan pegawai tetap yang setaraf yang berkhidmat
kurang daripada 10 tahun.
5. Berapakah bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008?
Bilangan maksimum Cuti Rehat yang dibenarkan untuk tujuan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 bagi sepanjang tempoh
perkhidmatan pegawai secara kontrak dengan Kerajaan (sama ada perkhidmatan secara kontrak dengan Perkhidmatan Awam
Persekutuan, Perkhidmatan Awam Negeri, Pihak Berkuasa Berkanun [Persekutuan dan Negeri] atau Pihak Berkuasa Tempatan) adalah
sebanyak 75 hari.
6. Bilakah wang tunai di bawah SPP 17/2008 boleh dibayar kepada pegawai?
Pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 adalah dibayar selepas tamatnya tempoh kuat kuasa sesuatu kontrak.
7. Adakah pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat layak menikmati pemberian wang tunai di bawah SPP
17/2008?
Ya. Pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat layak diberi pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008.
8. Bagi pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat, adakah perjanjian kontrak yang telah ditandatangani
perlu dipinda/ditambah dengan peruntukan baru bagi membolehkan pegawai layak diberi pemberian wang tunai di
bawah SPP 17/2008?
Pegawai lantikan secara kontrak yang sedang berkhidmat layak dipertimbangkan pemberian wang tunai di bawah SPP 17/2008 tanpa
perlu meminda/ menambah peruntukan baru mengenai pemberian tersebut dalam kontrak yang telah ditandatangani.
Rujukan
- Perenggan 3, SPP17/2008
- Perenggan 5, SPP 17/2008
- Perenggan 7.1, SPP 17/2008
- Perenggan 54, page 59, PP 2/2008
- Perenggan 7.2, SPP 17/2008
- Perenggan 7.4, SPP 17/2008
- Perenggan 8, SPP 17/2008
Pegawai Pemantau Informasi | Tel | Emel |
Fatahah binti Qasim | 03-8316 4476 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Puan Juliana Noremy binti Jaafar | 03-8316 4460 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
- Jumlah paparan: 99524
Elaun
Imbuhan Tetap Perumahan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan
Kerja Lebih Masa Dan Elaun Lebih Masa
Elaun Bertukar Wilayah
Rawatan Luar Stesen
Tuntutan Pertukaran/ Perpindahan atas Permohonan Sendiri
Elaun Pembantu Setiausaha Pejabat/ Setiausaha Pejabat (PSP/SP)
Bantuan Sara Hidup
Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS)
Elaun Perumahan Wilayah (EPW)
Elaun Gangguan
Pertukaran Wilayah Atas Permohonan Sendiri
Pegawai Bersara di Wilayah Berkhidmat
Pegawai Suami Isteri Yang Bertukar Ke Wilayah Yang Sama
Pejabat Pembayar
Tempoh Tuntutan Elaun Gangguan
Bayaran Insentif Wilayah (BIW)
Pemberian Wang Tunai Sebagai Gantian bagi Cuti Rehat yang Tidak Dapat Dihabiskan oleh Pegawai Lantikan Secara Kontrak (Contract of Service)
Penambahbaikan Penjelasan Prinsip Pemberian Elaun
Penetapan Kriteria dan Jenis Pemberian Elaun
Pindaan Nama Elaun
Penggabungan Elaun
Penyeragaman Syarat Umum Kelayakan
Pemakaian Pekeliling PP Bil 10/2019
- Jumlah paparan: 260599