Jumaat, 29 Mac 2024
19 Ramadan 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

  1. Memastikan agensi sektor awam mempunyai skim perkhidmatan yang sesuai serta struktur organisasi yang cekap dan berkesan bagi membolehkan organisasi melaksanakan objektif penubuhannya.
  1. Menggubal dan memberi khidmat nasihat berkaitan dasar perjawatan dan skim perkhidmatan;
  2. Melaksanakan kajian, memberi khidmat nasihat dan rundingan melibatkan urusan skim perkhidmatan, penyusunan semula organisasi dan pengukuhan perjawatan.
  3. Pengurusan data maklumat perjawatan dan skim perkhidmatan; dan
  4. Menjalankan audit perjawatan dan skim perkhidmatan.
  1. Bertanggungjawab dalam melaksanakan penggubalan, pindaan dan kajian berkaitan skim perkhidmatan. Penerangan fungsi Sektor Dasar Skim Perkhidmatan adalah seperti berikut;
    1. Penggubalan Skim Perkhidmatan
      • Ia merupakan proses mewujudkan skim perkhidmatan yang baharu. Penggubalan skim perkhidmatan ini dilaksanakan sekiranya terdapat sesuatu tugas tertentu masih tidak termasuk di bawah mana-mana klasifikasi perkhidmatan mahu pun skim perkhidmatan sedia ada yang sedang berkuatkuasa. Perkara ini juga adalah tertakluk kepada keperluan dan kepentingan perkhidmatan awam secara keseluruhannya.
    2. Pindaan Skim Perkhidmatan
      • Ia merupakan proses meminda mana-mana perbekalan dalam skim perkhidmatan seperti nama skim perkhidmatan, syarat lantikan, syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL), penetapan gaji permulaan, kenaikan pangkat dan sebagainya.
      • Prinsip asas yang dijadikan panduan ialah perluasan skop tugas dan tanggungjawab, terdapat aktiviti baharu, keperluan tambahan kelayakan baharu yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Ketua Perkhidmatan, persaingan tenaga kerja dalam pasaran terbuka, penglibatan ke arah pertumbuhan ekonomi, keselamatan dan kesejahteraan sosial dan sebagainya.
      • Pindaan skim perkhidmatan boleh melibatkan pemberian opsyen, pertukaran perkhidmatan penyandang sedia ada, penggabungan dan pemansuhan skim perkhidmatan.
    3. Kajian Dasar Skim Perkhidmatan
      • Ia melibatkan proses mengkaji dasar skim perkhidmatan berdasarkan keperluan perkhidmatan awam. Punca kuasa pelaksanaan kajian skim perkhidmatan lazimnya adalah atas arahan daripada stakeholder.
  1. Memberi khidmat nasihat dan rundingan berkaitan perkara-perkara seperti berikut:
    1. Penyusunan Semula Struktur Organisasi
      • Perubahan besar kepada struktur, fungsi serta perjawatan sesebuah organisasi, kerana perubahan hala tuju, objektif, peranan, visi, misi atau tanggungjawab sesebuah organisasi.
    2. Pengukuhan Perjawatan
      • Pewujudan/ pemansuhan/ penggredan/ pengagihan jawatan di Unit/ Bahagian sedia ada yang tidak melibatkan perubahan besar kepada struktur organisasi.
    1. Pembahagian Kluster di bawah tadbir urus Perjawatan 1 adalah seperti berikut:
      1. Kluster 1: JPM, KKR, KPN & MEDAC
      2. Kluster 2: KKM, KeTSA, KPDNHEP, Kedah, Johor, Kelantan & Terengganu
      3. Kluster 3: MOT, KPLB, MPIC, MAFI, KPWKM & MITI
  1. Memberi khidmat nasihat dan rundingan berkaitan perkara-perkara seperti berikut:
    1. Penyusunan Semula Struktur Organisasi
      • Perubahan besar kepada struktur, fungsi serta perjawatan sesebuah organisasi, kerana perubahan hala tuju, objektif, peranan, visi, misi atau tanggungjawab sesebuah organisasi.
    2. Pengukuhan Perjawatan
      • Pewujudan/ pemansuhan/ penggredan/ pengagihan jawatan di Unit/ Bahagian sedia ada yang tidak melibatkan perubahan besar kepada struktur organisasi
      1. Pembahagian Kluster di bawah tadbir urus Perjawatan 2 adalah seperti berikut:
        1. Kluster 1: KWP, MOSTI, KASA, KDN, KSM, PDRM & KBS
        2. Kluster 2: MINDEF, KLN, KKMM, MOTAC, MoF & KPKT
        3. Kluster 3: KPM, KPT, Perak, Selangor, Melaka, Pahang, Perlis, Pulau Pinang & Negeri Sembilan
  1. Menjalankan kajian dasar perjawatan untuk penambahbaikan, panduan, dan penyeragaman pelaksanaan pengurusan perjawatan di sektor awam yang melibatkan perkara-perkara seperti berikut:
    1. Pembentukan model-model/ norma perjawatan;
    2. Penentuan gred jawatan mengikut wajaran; dan
    3. Pengeluaran garis panduan/ arahan pentadbiran
  1. Menyelaras mesyuarat jawatankuasa utama seperti Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pembangunan Organisasi (JKKPO), Jawatankuasa Induk Pembangunan Organisasi (JIPO) dan Jawatankuasa Khas bagi Mengkaji Jawatan-jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT).
  2. Melaksanakan khidmat sokongan yang merangkumi aspek kualiti, kewangan, latihan dan pentadbiran am.