Khamis, 28 Mac 2024
18 Ramadan 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

Hasmarulaini Binti Omar
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Memastikan sistem saraan yang dapat menarik, membangun, mengekalkan anggota sektor awam serta menjamin hubungan majikan - pekerja yang harmonis.

  1. Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan sistem saraan kerajaan (gaji, elaun dan kemudahan sektor awam).
  2. Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan perhubungan majikan-pekerja.
  3. Menyelidik dan membuat kajian mengenai saraan.

  1. Mengkaji dan menyelidik mengenai hala tuju strategik bagi dasar gaji, elaun dan kemudahan perkhidmatan awam dan menjalankan penandaarasan dan meneliti amalan terbaik dan trend semasa.
  2. Mengkaji serta menilai impak dan keberkesanan dasar saraan yang dilaksanakan agar ianya selarasa dengan matlamat pencapaian negara maju berpendapatan tinggi.
  3. Mengkaji dan menganalisis dasar Bantuan Sara Hidup, Imbuhan Tahunan serta Badan berkanun yang diasingkan Saraan, Pengasingan & Penswastaan.

  1. Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan gaji sektor awam melalui pengwujudan dasar gaji perkhidmatan awam bagi mencapai sistem saraan yang dapat menarik, membangun dan mengekalkan penjawat awam dalam perkhidmatan.
  2. Memberi khidmat nasihat atau melaksanakan inspektorat (berdasarkan keperluan) mengenai pelaksanaan dasar dan peraturan gaji supaya isu-isu dapat diselesaikan dan memastikan pelaksanaan yang teratur.

  1. Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan elaun perkhidmatan awam melalui pengwujudan dasar elaun yang dapat menarik, membangun dan mengekalkan penjawat awam dalam perkhidmatan.
  2. Memberi khidmat nasihat atau melaksanakan inspektorat (berdasarkan keperluan) mengenai pelaksanaan dasar dan peraturan gaji supaya isu-isu dapat diselesaikan dan memastikan pelaksanaan yang teratur.

  1. Menggubal, melaksana dan memantau pengurusanperhubungan majikan-pekerja melalui pelaksanaan Majlis Bersama Kebangsaan (MBK), Majlis Bersama Jabatan (MBJ) serta menyelaras tuntutan-tuntutan Kesatuan/ Persatuan Sekerja Sektor Awam.
  2. Memberi khidmat nasihat atau melaksanakan inspektorat (berdasarkan keperluan) mengenai pelaksanaan dasar dan peraturan gaji supaya isu-isu dapat diselesaikan dan memastikan pelaksanaan yang teratur.

  1. Menggubal, melaksana dan memantau pengurusan kemudahan perkhidmatan awam melalui pengwujudan dasar kemudahan cuti, tambang bertukar wilayah, rumah & bangunan sektor awam, perubatan, pakaian serta waktu bekerja & lebih masa sektor awam bagi mencapai sistem saraan yang dapat menarik, membangun dan mengekalkan penjawat awam dalam perkhidmatan.