Khamis, 28 Mac 2024
18 Ramadan 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

Encik Mohd Shahrim bin Hussin
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Membayar faedah persaraan dengan tepat mengikut jadual masa yang ditetapkan kepada pihak yang layak menerimanya di bawah undang-undang pencen.

  1. Menggubal dan melaksanakan dasar faedah persaraan dan faedah terbitan;
  2. Memantau dan menguatkuasa pelaksanaan Undang-Undang Pencen yang berkuat kuasa;
  3. Meluluskan persaraan, faedah persaraan, faedah terbitan dan faedah pemberhentian perkhidmatan bagi anggota Perkhidmatan Awam, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan, Hakim, Ahli Parlimen, Anggota Pentadbiran dan Setiausaha Politik berpandukan undang-undang yang berkuat kuasa;
  4. Meluluskan percantuman perkhidmatan lepas (PPL) bagi anggota Perkhidmatan Awam, Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan;
  5. Meluluskan pemberian taraf berpencen (PTB) kepada anggota Pihak Berkuasa Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan;
  6. Menguruskan kemudahan perubatan (rawatan dialisis) melibatkan pesara serta mengeluarkan surat jaminan perubatan (GL) kepada pesara dan ibu bapa pesara perkhidmatan awam persekutuan dan pihak berkuasa berkanun tertentu;
  7. Menguruskan pembayaran faedah persaraan dan faedah pemberhentian perkhidmatan;
  8. Mengawal selia pelaksanaan urusan persaraan dan pembangunan sistem pengurusan pencen oleh pihak KWAP;
  9. Mengurus data persaraan dan data pemberhentian perkhidmatan;
  10. Mengurus program libat urus dan khidmat nasihat melibatkan pelanggan dan pihak berkepentingan;
  11. Menguruskan permohonan pendaftaran anak OKU tanggungan pesara dan anak belajar di institusi pengajian tinggi (IPT); dan
  12. Mengurus aduan yang diterima daripada pelanggan dan pihak berkepentingan.