Skip to main content

Pegawai Keselamatan ICT (ICTSO)

Info JPA

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB PEGAWAI KESELAMATAN ICT (ICTSO)

Noorjan binti Mohd Mustapha
  1. Mempengerusikan Jawatankuasa Keselamatan ICT (JKICT);
  2. Menguatkuasakan pelaksanaan PKS JPA di semua bahagian di JPA;
  3. Memastikan pengurusan risiko dan audit keselamatan ICT berpandukan dokumen Rangka Kerja Keselamatan Siber Sektor Awam (RAKKSSA) dan PKS JPA;
  4. Mencadangkan langkah-langkah pengukuhan bagi mematuhi dasar-dasar berkaitan keselamatan ICT JPA;
  5. Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada pihak National Cyber Security Agency (NACSA) dan seterusnya membantu dalam penyiasatan atau pemulihan;
  6. Memastikan program kesedaran keselamatan ICT dilaksanakan;
  7. Menyediakan dan menyebarkan amaran-amaran yang sesuai terhadap kemungkinan berlaku ancaman kepada keselamatan ICT dan menyediakan khidmat nasihat serta langkah pemulihan yang sesuai;
  8. Melaporkan insiden keselamatan ICT kepada CDO bagi insiden yang memerlukan Pengurusan Kesinambungan perkhidmatan (PKP);
  9. Memastikan pematuhan PKS JPA oleh pihak luar yang memberi perkhidmatan ICT kepada JPA untuk tujuan pembekalan, pemasangan, penyelenggaraan dan sebagainya;
  10. menyemak, mengkaji dan menyediakan laporan berkaitan dengan isu-isu keselamatan ICT;
  11. Memastikan PKS JPA dikemas kini sesuai dengan arahan jabatan, peraturan semasa, perubahan teknologi, serta ancaman dalaman dan luaran; dan
  12. Memastikan Pelan Strategik Pendigitalan (PSP) JPA mengandungi aspek keselamatan ICT