Skip to main content

Kluster Pentadbiran Tahun 2024

Majlis Bersama Jabatan

Bil. Isu Penyelesaian
1. Sistem Tempahan Kederaan Jabatan

• Cadangan penambahbaikan Sistem Tempahan Kenderaan akan diambil kira di dalam pembangunan sistem baharu yang akan dilaksanakan mulai tahun ini dengan kerjasama BDTM.

2. Van Dan Bas Jabatan • Dua (2) buah unit van telah diperolehi pada November 2023.

• Perolehan bas sedang dalam proses perolehan untuk tahun 2024.
3. Pemandu Jpa Di Kompleks Jpm

• Pemandu JPA yang mengambil pegawai BPTA di Kompleks JPM dihalang daripada memasuki kompleks berkenaan dan diminta untuk mengambil pas keselamatan di pondok keselamatan.

• Unit Keselamatan telah berhubung dengan pihak JPM berhubung perkara ini bagi memudahkan laluan pemandu JPA.

4. Kerosakan Peralatan Komputer Pegawai • Pegawai Tadbir setiap Bahagian diminta untuk mengenal pasti keperluan komputer setiap pegawai. Adalah dijangkakan komputer baharu akan diperolehi pada penghujung tahun ini.
5. Panggilan Telefon Dari MyGCC

• Pihak UKK telah memohon tindakan daripada pihak Bahagian Digital dan Teknologi Makluman untuk menyalurkan senarai direktori JPA terkini kepada Unit Komunikasi Korporat melalui emel pada 22 Ogos 2023.

6. Menyusun Semula Pelan Lantai Lobi Blok C2

• Pelan lantai lobi blok C2 telah disusun semula mengikut kesesuaian. Kedudukan kaunter polis bantuan telah diubah mengikut susun atur yang disarankan bermula November 2024.

7. Ucapan Penghargaan Kepada Jpa Dalam Membudayakan Pembelajaran Sepanjang Hayat

• BKP, JPA telah membentangkan tiga (3) anugerah khas baharu untuk warga JPA dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi pada 24 Oktober 2024. Tiga (3) anugerah khas baharu adalah seperti berikut:

  1. Anugerah Kecemerlangan JPA;
  2. Anugerah Khidmat Setia; dan
  3. Anugerah Citra Inspirasi JPA

 

8. Kemudahan Penginapan Untuk Pemandu Yang Bertugas Di Luar Pejabat

• Perkara ini disyorkan untuk dimaklumkan di dalam Mesyuarat Pengurusan Tertinggi bagi memastikan Pengarah-Pengarah Bahagian mengambil cakna perihal kebajikan pemandu Jabatan.

9. Laluan Jualan PUSPANITA

• PUSPANITA Cawangan Kecil JPA (PCK JPA) sedang meneliti cadangan penyusunan semula gerai / lokasi tapak jualan dengan mengambil kira maklum balas daripada wakil penjual dan juga pelanggan. Pada masa ini, tapak jualan telah dialihkan daripada perkarangan blok C1 dan C2 ke Dataran Kompleks C sehingga akhir Disember 2024 memandangkan kerja-kerja mengecat bangunan blok C1 dan C2 sedang dijalankan.

10. Penyelenggaraan Peralatan Pejabat Dan Pembaikpulihan Perabot Aset Alih

• Kerja-kerja pembaikan stor telah selesai dilaksanakan melibatkan pembersihan kulat pada 15 Disember 2023 dan 22 Mac 2024, kerja mengecat pada 23 Mac 2024 dan penukaran siling pada 27-28 April 2024. Selain itu, sebanyak tujuh (7) set sofa sedia ada telah dibuat penyelenggaraan pada tahun 2024.