Rabu, 16 Jun 2021
06 Zulkaedah 1442
biruhijauemasmerah

Bil.IsuPenyelesaian
1.Penganjuran sesi libat urus MBJ-JPA bersama pihak Pengurusan Tertinggi JPA

• Sesi libat urus secara santai dengan pihak Pengurusan Tertinggi JPA telah dipersetujui untuk diadakan.

• Program ini akan dilaksanakan setelah tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

2. Pelaksanaan kempen bebas rokok dan vape

• Peringatan berkenaan kawasan larangan merokok dan vape di premis JPA telah dilaksanakan. Pemantauan secara berterusan telah juga dibuat oleh BKP bagi memastikan premis JPA sentiasa bebas dan bersih daripada rokok.
3.Pengajuran APC di luar premis JPA

• Penganjuran APC di luar premis JPA dipersetujui tertakluk kepada peruntukan kewangan dan keadaan semasa wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara.

• Sebagai tindakan penambahbaikan, Sektor Pengurusan Prestasi (Sektor M), BKP telah mencadangkan pelaksanaan Majlis APC JPA secara hybrid di dalam premis JPA atau secara maya sepenuhnya, tertakluk kepada status penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tempoh penganjuran program ini.

4.Pelaksanaan kursus kepimpinan untuk kumpulan pelaksana

• INTAN telah sedia ada menyediakan dan memastikan kursus-kursus tersebut dilaksanakan dengan lancar dan mengikut jadual perancangan yang telah ditetapkan.

5.Aduan dikenakan caj 0.20 sen untuk air mineral di kafe C1

• Bagi mengelakkan caj dikenakan, Sektor F telah menyediakan cawan kertas pakai buang di mesin coway tersebut untuk kegunaan semua;

• Selain itu, dicadangkan supaya warga JPA digalakkan membawa sendiri botol air/tumbler masing-masing.

6.Penyediaan sistem punch in dan pelaporan untuk pegawai yang Bekerja Dari Rumah (BDR)

• Cadangan untuk menggunakan Sistem Pemantauan Operasi Tugas (SPOT-Me) yang mempunyai fungsi merakam waktu keluar/masuk pejabat untuk pegawai yang Bekerja Dari Rumah (BDR) serta merekod tugasan yang dilaksanakan semasa BDR.

7.Pembaikan terhadap sambungan foward call yang tidak berfungsi

• Tatacara penggunaan fungsi forward call untuk telefon di pejabat yang disambungkan ke telefon bimbit pegawai telah dibuat hebahan

• Kadar penggunaan fungsi forward call telah meningkat setelah hebahan ini dikeluarkan, dan digunapakai