Etika & Tatakelakuan
Soalan Lazim
Pakaian Pegawai Lelaki
Selain itu, sekiranya dalam majlis atau program tertentu, jika pihak penganjur telah menetapkan perlu memakai tali leher, pegawai hendaklah mematuhi etika pakaian yang ditetapkan oleh penganjur.
Pegawai lelaki boleh memakai apa-apa kemeja bercorak dengan syarat corak tersebut kecil, tidak ketara dan tidak kelihatan canggung.
Pegawai lelaki adalah tidak dibenarkan memakai seluar dengan kaki seluar singkat di atas paras buku lali.
Pakaian Pegawai Wanita
Secara umumnya, etiket pemakaian hendaklah mencerminkan pakaian yang profesional dan sesuai dengan tugasan di pejabat awam.
Jenis reka bentuk skirt yang dibenarkan boleh dirujuk di Jadual 2 dan ilustrasi di Lampiran Ceraian UP.7.2.3. Manakala reka bentuk skirt yang tidak dibenarkan adalah seperti ropol, pleated, pareo, gypsi dan tiered-skirt.
Reka bentuk kasut yang dibenarkan adalah bertutup dan digalakkan berwarna hitam atau gelap. Walau bagaimanapun, sekiranya kasut tersebut berwarna selain dari hitam atau gelap, hendaklah sepadan dengan warna pakaian.
Pemakaian stokin yang bersesuaian untuk pegawai wanita adalah berwarna coklat cair (skin-color) dan tidak boleh tebal seperti stokin sukan. Pegawai boleh memakai stokin nipis berwarna hitam jika berkasut hitam. Warna stokin selain daripada warna hitam dan coklat cair tidak dibenarkan.
Rekabentuk blaus yang tidak dibenarkan adalah dari jenis kaftan, peplum atau selain gambar yang dipaparkan di dalam Ceraian UP.7.2.3.
Selain itu, lengan blaus yang tidak dbenarkan juga adalah seperti balloon, batwing, layered dan sebagainya. Manakala blaus berkenaan hendaklah tidak terlalu besar atau labuh.
Pakaian Baju Batik
Baju kemeja batik berlengan pendek adalah tidak dibenarkan.
Tidak, pegawai awam yang dibekalkan pakaian keperluan tugas seperti lab coat adalah dikecualikan daripada pemakaian pakaian batik Malaysia.
Bagi pegawai yang dibekalkan pakaian seragam adalah dikecualikan daripada pemakaian pakaian batik Malaysia. Walau bagaimanapun, kebenaran pemakaian batik Malaysia boleh diberikan oleh Ketua Jabatan berdasarkan kepada ketetapan dan kesesuaian masing-masing.
Ketua Jabatan boleh menasihati pegawai sekiranya enggan memakai pakaian batik Malaysia. Sekiranya masih ingkar dengan alasan yang tidak munasabah, pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Pakaian Tanda Nama
Tidak perlu. Pegawai tersebut perlu mematuhi pemakaian tanda nama yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri.
Ya, kerana pegawai tersebut adalah merupakan pegawai Persekutuan yang bertugas di jabatan Persekutuan yang terletak di negeri..
Pemakaian tanda nama dengan Jata Persekutuan adalah dikecualikan bagi anggota keselamatan yang dibekalkan pakaian seragam.
Pengecualian ini memandangkan reka bentuk komponen dan aksesori pakaian seragam anggota keselamatan adalah berdasarkan kelulusan Jawatankuasa Pakaian Seragam dan Pakaian Istiadat yang dipengerusikan dan diurusetiakan oleh Bahagian Istiadat Dan Urusetia Persidangan Antarabangsa (BIUPA).
Ya, tanda nama jenis epoxy adalah dibenarkan.