Skip to main content

Modul Psikologi

Bahagian Psikologi

i. Program Intensive Intervention For Average Performer (IIAP)

Keterangan :
Meningkatkan kemahiran pengurusan prestasi yang praktikal dan berkesan bagi menjana keupayaan pegawai untuk meningkatkan prestasi kerja. Ia juga merupakan pendekatan bersepadu berasaskan pengurusan dan psikologi bagi melaksanakan intervensi prestasi kepada pegawai yang dinilai dan program pembangunan penyeliaan kepada penyelia.

Objektif :
a) Modul Coaching For Managers

  1. Kemahiran menyelia berteraskan teknik coaching;
  2. Mengurus prestasi pegawai seliaan melalui kemahiran membimbing;
  3. Mengoptimumkan potensi pegawai seliaan dengan kaedah yang berkesan; dan
  4. Kemahiran penilaian prestasi berasaskan prinsip dan kaedah yang betul.

b) Modul Pacuan Prestasi

  1. Kemahiran penyesuaian dan adaptasi melalui intergrasi antara diri, penyelia dan fungsi organisasi;
  2. Kemahiran mengurus pemikiran, sikap dan tingkah laku dalam organisasi;
  3. Kemahiran mengurus pemikiran, sikap dan tingkah laku dalam organisasi; Kemahiran pengurusan kendiri dan interpersonal; dan
  4. Motivasi melakukan perubahan kendiri ke arah peningkatan prestasi kerja.

Senarai Nama Pegawai Psikologi Yang Telah Ditauliahkan Oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi Program Intensive Intervention For Average Performer (IIAP). Klik di sini

ii. Modul Penerapan Budaya Kerja Perkhidmatan Awam (INSPIRAA)

Modul INSPIRAA bermatlamat untuk menyegar semula penjawat awam dalam mengamalkan elemen Integriti, Pantas, Profesionalisme, Bersih, Cekap dan Amanah dalam memastikan penyampaian perkhidmatan awam kekal relevan

Objektif :

  1. Membudayakan elemen Bersih, Cekap, Amanah, Pantas, Profesionalisme & Integriti sebagai budaya kerja Penjawat Awam;
  2. Menerapkan elemen Bersih, Cekap, Amanah, Pantas, Profesionalisme & Integriti sebagai nilai teras dalam diri penjawat awam; dan
  3. Mendorong penjawat awam untuk melaksanakan tugasan sebagai penjawat awam berpandukan elemen teras INSPIRAA

Senarai Nama Pegawai Psikologi Yang Telah Ditauliahkan Oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi Modul Penerapan Budaya Kerja Perkhidmatan Awam (INSPIRAA) Klik di sini

iii. Modul Budaya Kerja Penjawat Awam Berasaskan Pendekatan Psikologi (Konsisten, Dedikasi, Berdisiplin & Komited / OSEM)

Keterangan :
Modul pembangunan tingkah laku penjawat awam berasaskan pendekatan psikologi melalui kriteria Konsisten, Dedikasi, Berdisiplin, Komited (OSEM) adalah untuk memberi peneguhan kepada penjawat awam dalam aspek meningkatkan pemahaman, membantu menghayati dan memupuk budaya kerja penjawat awam.

Objektif :

  1. Meningkatkan pemahaman penjawat awam terhadap tingkah laku budaya kerja konsisten, dedikasi, berdisiplin dan komited melalui pendekatan psikologi;
  2. Membantu penjawat awam untuk menghayati budaya kerja tingkah laku konsisten, dedikasi, berdisiplin dan komited dalam menjalankan tugas dan tanggung jawab; dan
  3. Memupuk budaya kerja berasaskan tingkah laku konsisten, dedikasi, berdisiplin dan komited dalam organisasi.

Senarai Nama Pegawai Psikologi Yang Telah Ditauliahkan Oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi Modul Budaya Kerja Penjawat Awam Berasaskan Pendekatan Psikologi (Konsisten, Dedikasi, Berdisiplin & Komited / OSEM) Klik di sini

iv. Modul Gear Up Resist Mind Set (RESIST)

Keterangan :
Modul Gear Up Resist Mindset (RESIST) adalah salah satu sub modul Integriti dan Disiplin yang menyentuh tentang bagaimana kuasa minda dapat mengubah individu menjadi lebih baik dan dapat mengekalkan nilai-nilai murni serta nilai kebergunaan kepada organisasi. Elemen yang akan diberi penekanan dalam modul ini adalah untuk menyediakan minda kalis tingkah laku tidak berintegriti kalangan penjawat awam. Tiga (3) pendekatan teori akan menjadi asas dalam menyediakan minda menolak tingkah laku tidak berintegriti dalam kalangan penjawat awam iaitu teori Psikoanalisis menyentuh konsep Id, Ego dan Super Ego, teori Moral Kohlberg berkaitan tahap-tahap perkembangan moral dan teori Tingkah Laku Kognitif yang akan menjadi kawalan kendiri dan peneguhan kepada kognitif untuk menghasilkan tingkah laku atau amalan positif.

Objektif :

  1. Meningkatkan tahap kefahaman tentang ketetapan minda berintegriti;
  2. Meningkatkan kesedaran tentang nilai dan etika moral untuk kawalan kendiri; dan
  3. Mempelajari kaedah mengurus minda dalam mengawal diri untuk menolak tingkah laku tidak berintegriti.

Senarai Nama Pegawai Psikologi Yang Telah Ditauliahkan Oleh Bahagian Pengurusan Psikologi, Jabatan Perkhidmatan Awam bagi Modul GEAR UP RESIST MIND SET (RESIST) Klik di sini