Selasa, 19 Mac 2024
09 Ramadan 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

Assalamualaikum warahmatullah wbt.
Salam Sejahtera dan Salam Malaysia MADANI.

Perkhidmatan awam mempunyai peranan bersama-sama semua pihak untuk membangun dan memartabatkan Negara ke arah kesejahteraan dan melakar kegemilangan. Perancangan, persediaan, adaptasi dan dedikasi semua penjawat awam amatlah penting dalam memberi perkhidmatan yang terbaik pada rakyat dalam apa jua cabaran yang dihadapi.

Asas nilai individu dan organisasi iaitu THE G.R.E.A.T CIVIL SERVICE (Good Governance, Responsible, Empathy, Accountable, Tenacity of Purpose) perlu diterjemahkan dengan tindakan selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI. Perkhidmatan awam era Malaysia MADANI perlu mempunyai 'good practices' yang merangkumi kepantasan dalam menjalankan tugas, berintegriti, konsisten melaksanakan penambahbaikan tata kelola, turun padang bagi menangani isu dan bergerak sebagai satu kumpulan dengan mengelakkan sikap 'silo'.

Sebagai tulang belakang pentadbiran Negara, jentera perkhidmatan awam perlu sentiasa menambah baik dan meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan untuk manfaat kepada rakyat dan negara.

"MALAYSIA MADANI"
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

JABATAN PERKHIDMATAN AWAM