Info Terkini

Sumber dari Facebook Munsyi Muda Bahasa

APA KATA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) amat berbangga dengan usaha yang dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam
(JPA) untuk memperkasakan bahasa kebangsaan dalam kalangan penjawat awam. Komitmen yang ditunjukkan
oleh JPA wajar dicontohi oleh jabatan dan agensi lain di Malaysia. 

Kejayaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
menerbitkan Info Pugar Bahasa ini wajar diberikan
pujian yang tinggi. Sokongan pihak JPA terhadap
program kebahasaan sama ada yang dianjurkan oleh
Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) atau jabatan lain amat
diharapkan dan dihargai.

Kerjasama strategik antara Dewan Bahasa dan Pustaka
(DBP) dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah
lama terjalin. Berbagai-bagai program telah dilaksanakan
daripada hubungan baik ini sama ada pada peringkat
sektor perkhidmatan awam mahupun negara.

Alamat

Blok C1-C3, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya, Malaysia

Hubungi

Telefon: +60 (3) 8885 3838
Emel: zairy.soieb@jpa.gov.my

Maklumbalas

Sila kirimkan cadangan, idea dan penambahbaikan anda. Sebarang maklumbalas amat dihargai.

. ‌

.