MUNSYI MUDA BAHASA

Definisi, Fungsi & Tugas Kami

Definisi

Munsyi Muda Bahasa ialah penjawat awam yang telah mengikuti kursus bahasa Melayu danmelepasi tahap penilaian kefahaman bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta ditauliahkan oleh Ketua Pengarah DBP dan dilantik oleh KPPA sebagai Munsyi Muda Bahasa.

Fungsi

Bertindak sebagai perujuk bahasa bagi warga Kementerian / agensi.

Tugas

[-] Menyemak dan mengesahkan surat/dokumen/laporan rasmi.

[-] Menyemak dan mengesahkan aspek bahasa teks ucapan rasmi pengurusan tertinggi yang didokumentasikan sama ada dalam bentuk bercetak atau elektronik.

[-] Merancang kursus kebahasaan untuk staf.

[-] Menjadi penceramah asas bahasa untuk kursus induksi staf baharu/staf.

[-] Menjadi pegawai perantara dengan Dewan Bahasa dan Pustaka bagi hal berkaitan aspek bahasa dalam maksud penggunaan rasmi sektor awam (Surat Pekeliling Bilangan 1 Tahun 2006, “Langkah langkah Memperkasakan Bahasa Kebangsaan dalam Urusan Rasmi”, dan Surat Pekeliling Bilangan 9 Tahun 2011, “Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam”).

[-] Menghadiri kursus kebahasaan sepenuhnya anjuran JPA, DBP dan INTAN.



© Hak Cipta 2017 Jabatan Perkhidmatan Awam 

Created with Mobirise ‌

Free Web Page Maker