KURSUS MUNSYI MUDA BAHASA

Latar Belakang Pelaksanaan & Pematuhan

Latar Belakang Pelaksanaan

Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa (Perujuk Bahasa) ini merupakan program di bawah “Strategi 5: Mewujudkan Unit Khas Pelaksanaan Bahasa bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan santun dalam kalangan penjawat awam”, dalam rangka Pelan Tindakan Program Kebahasaan Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan 2015 - 2017. Pelan ini telah dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Bil.1/2015 yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 6 Mac 2015.

 Inisiatif ketiga dalam Strategi 5 ini menjelaskan, “Memberikan latihan kebahasaan formal dan berperingkat kepada pegawai kementerian setiap sektor yang dilantik khas. Pegawai ini akan menjadi Perujuk Bahasa kepada kementerian.”

Punca Kuasa: Minit Mesyuarat Pengurusan Tertinggi Bil. 15 Tahun 2015 bertarikh 10 Jun 2015, telah dinyatakan melalui Perkara (4) bawah Perkara Berbangkit mengenai tanggungjawab INTAN Bukit Kiara untuk memperluaskan Kursus Munsyi Muda Bahasa hingga ke peringkat INTAN Kampus Wilayah.  

Permohonan Kursus boleh dibuat di laman web www.dtims.intan.my

Pematuhan

Perkara 152, Perlembagaan Persekutuan dan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 “Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan”.

Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia (MyPPSM), Ceraian PO.1.1.1 : Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Perkhidmatan Awam

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020

© Hak Cipta 2017 Jabatan Perkhidmatan Awam 

Designed with Mobirise ‌

Free Web Site Design Software