Khamis, 19 September 2019
20 Muharram 1441
A- A A+

Bayaran Balik Pinjaman Pelajaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Bagi Penajaan Tahun 2014 Dan Ke Bawah

Skim pinjaman pelajaran JPA bagi tahun 2014 dan ke bawah terbahagi kepada dua (2) jenis atau kategori, iaitu Pinjaman Biasa dan Pinjaman Boleh Ubah (PBU).

Bagi Skim Pinjaman Biasa (PB), peminjam dikehendaki membayar balik secara keseluruhan iaitu jumlah pinjaman yang telah diterima di sepanjang pengajian, sebaik sahaja tamat pengajian mereka.

Manakala bagi Skim PBU pula, kemudahan pemberian diskaun sebanyak 75% (daripada jumlah keseluruhan pinjaman), akan diberikan kepada mana-mana peminjam yang berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Memperolehi sekurang-kurangnya Kepujian Kelas Kedua Bawah atau CGPA 2.75 ke atas atau setaraf dengannya;
  2. Berjaya menamatkan pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang perlanjutan; dan
  3. Mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama.

Bagi peminjam yang menepati semua syarat seperti di atas dan ingin memohon kemudahan tersebut, setiap permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen (yang disahkan), seperti berikut:

  1. Salinan Sijil Ijazah Universiti;
  2. Salinan transkrip akademik; dan
  3. Salinan Surat Tawaran Pinjaman JPA.

Semua dokumen tersebut PERLU dikemukakan secara emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau diposkan ke alamat seperti berikut:

Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi,
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Jabatan Perkhidmatan Awam,
Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA

Kerajaan telah memperkenalkan model baharu penajaan bermula tahun 2016. Model baharu penajaan yang dilaksanakan adalah dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU 2016). Pelaksanaan ini adalah selari dengan prinsip pulangan pelaburan kepada negara (ROI) dalam memastikan Kerajaan akan memperoleh bakat yang terbaik untuk Perkhidmatan Awam. Di samping itu, prinsip ini berupaya mewujudkan sifat kebertanggungjawaban kepada negara. Perjanjian pinjaman akan dikuatkuasakan mengikut empat keadaan seperti berikut:

  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa penuh dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dengan Kerajaan setelah tamat pengajian dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian;
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan Syarikat Milik Kerajaan (GLC) setelah tamat pengajian dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian;
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara setelah tamat pengajian dalam tempoh seperti yang dinyatakan dalam perjanjian; dan
  4. Bayaran balik keseluruhan pinjaman sekiranya pelajar bekerja di luar negara.

Kemudahan pemberian diskaun (daripada jumlah keseluruhan pinjaman), akan diberikan kepada mana-mana peminjam yang berjaya memenuhi kriteria yang telah ditetapkan seperti berikut:

  1. Telah menyelesaikan tempoh berkhidmat sama ada di GLC/Swasta seperti mana yang dinyatakan dalam perjanjian;
  2. Menyelesaikan tempoh berkhidmat di GLC/Swasta yang sama dalam tempoh minimum yang telah dinyatakan di dalam perjanjian; dan
  3. Menyandang jawatan yang setaraf dengan kelayakan akademik.

Bagi peminjam yang menepati semua syarat seperti di atas dan ingin memohon pertimbangan pengurangan bayaran balik, setiap permohonan hendaklah diiringi dengan dokumen (yang disahkan), seperti berikut:

  1. Surat Permohonan Pengurangan bayaran balik
  2. Surat Pengesahan Majikan
  3. Cabutan carian Syarikat dari SSM
  4. Salinan Surat Tawaran Pinjaman JPA

Semua dokumen tersebut PERLU dikemukakan secara emel kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau diposkan ke alamat seperti berikut:

Unit Pengurusan Kutipan & Ganti Rugi,
Bahagian Pembangunan Modal Insan,
Jabatan Perkhidmatan Awam
Aras 3, Blok C2, Kompleks C,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62510 PUTRAJAYA

Pegawai/Pelajar yang mendapat tajaan “Biasiswa Persekutuan”, tetapi telah ditamatkan penajaan mereka di atas sebab seperti; melanggar syarat perjanjian kerana enggan berkhidmat dengan mana-mana Jabatan/Agensi Kerajaan, ataupun telah meletak jawatan semasa dalam tempoh kontrak berkhidmat yang masih berkuatkuasa, mereka akan dikenakan “Penalti Gantirugi”. Notis Tuntutan Ganti Rugi akan dikeluarkan kepada pegawai/pelajar berkenaan dan tuntutan ganti rugi ini hendaklah diselesaikan secara menyeluruh (lumpsum) dalam tempoh 60 HARI dari tarikh “Notis Tuntutan”, dikeluarkan.

Peminjam/penama boleh membuat semakan baki akaun dan maklumat tuntutan melalui kaedah berikut:

  1. menerusi portal MySELF di alamat http://myself.jpa.gov.my; atau
  2. menerusi perkhidmatan mySMS dengan menaip:

JPA PINJAMAN dan hantar ke 15888
atau
JPA GANTIRUGI dan hantar ke 15888.

CONTOH:
Contoh MySMS: “JPA PINJAMAN 850911016371
(Caj penghantaran adalah RM0.15 dan setiap mesej yang diterima akan dikenakan caj RM0.20)

Peminjam/penama boleh membuat bayaran melalui pelbagai kaedah bayaran seperti berikut:

      1. Bayaran secara perbankan internet
          1. Melalui laman web Maybank iaitu: http://www.maybank2u.com.my
            • Pilih Quick Link
            • Pilih Bill Payment
            • Pilih Make One Off Payment
            • Pilih Education And Educations Loan
            • Pilih Jabatan Perkhidmatan Awam
            • Pilih Pinjaman/Gantirugi
            • Masukkan :

              No. Rujukan JPA :

              No. Akaun :

        (Nombor akaun boleh didapati di portal Myself JPA http://myself.jpa.gov.my)

      2. Melalui debit terus secara online daripada Akaun Simpanan atau Akaun Semasa juga boleh dibuat oleh pelanggan-pelanggan Bank Islam, Bank Muamalat, Affin Bank, Al Rajhi Bank, Public Bank, RHB Bank dan Hong Leong Bank, seperti yang disenaraikan oleh PMB melalui portal PosOnline di http://www.posonline.com.my.
      3. Bayaran di Kaunter Pejabat Pos Berkomputer di seluruh negara dengan menggunakan bil tuntutan bulanan yang dicetak melalui portal Myself JPA di http://myself.jpa.gov.my . Bayaran menggunakan bil akan dikenakan caj RM2.00.
      4. Bayaran secara Arahan Tetap Bank (Bank Standing Instruction) boleh juga dilaksanakan dengan memaklumkan kepada pihak bank masing-masing, yang akan menyediakan kemudahan tersebut. Bayaran hendaklah ditujukan atas nama “Ketua Pengarah Perkidmatan Awam Malaysia”.
      5. Bayaran secara Bank Draf/Kiriman Wang hendaklah dibuat atas nama “Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Malaysia”. Sila catatkan nama dan nombor rujukan JPA iaitu no. Kad Pengenalan (baru dan lama) di belakang Bank Draf/Kiriman/Wang Cek tersebut. Alamatkan kepada :

        Bahagian Khidmat Pengurusan
        Sektor Akaun
        Aras 11, Blok C1, Kompleks C
        62510 Putrajaya
        Tel: 03-8885 3305/3313

      6. Bayaran secara tunai boleh di buat di:

        Jabatan Perkhidmatan Awam
        Kaunter Bayaran Kutipan Dan Gantirugi
        Lobi Blok C2, Kompleks C,
        62510,Putrajaya
        Tel: 03-8885 4697

      7. Arahan Potongan Gaji
        Penjawat awam yang berkhidmat di mana-mana Jabatan/Agensi Kerajaan dikehendaki membuat bayaran balik Pinjaman Pelajaran dengan cara potongan gaji. JPA akan mengeluarkan surat arahan potongan gaji kepada majikan peminjam. Peminjam perlu mengisi borang JPA(L) PP1 – pin.1/98 yang boleh didapati dari laman web JPA dan mengemukakan semula borang yang telah lengkap diisi kepada JPA. Sekiranya terdapat perubahan alamat majikan, peminjam boleh terus menghubungi pegawai JPA, melalui emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .

Sebarang pertanyaan berkaitan tuntutan bayaran balik pinjaman/tuntutan ganti rugi, bolehlah dibuat melalui penggilan telefon, di talian 03-8000 8000 atau di alamat emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..