Khamis, 28 Mac 2024
18 Ramadan 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

TERMA DAN TAKRIFAN

P.U(A) 1/2012
Peraturan 4 – Tafsiran


Pelantikan ke dalam perkhidmatan awam oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak termasuklah pelantikan kali pertama dan pelantikan seseorang pegawai yang sedang berkhidmat dalam mana-mana skim perkhidmatan.
 

Pelantikan mengikut skim perkhidmatan

Peraturan 5(1), P.U(A) 1/2012 - Semua pelantikan ke dalam perkhidmatan awam hendaklah memenuhi syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa pada masa itu.


Pelantikan warganegara sahaja

Peraturan 6 (1) , P.U(A) 1/2012 Semua calon bagi pelantikan ke dalam perkhidmatan awam mestilah warganegara Malaysia.

Peraturan 6 (2) , P.U(A)1/2012 - Walau apapun subperaturan (1), YDPA boleh, atas alas an kepentingan negara, membenarkan pelantikan seseorang yang bukan warganegara secara kontrak dan peruntukan Bhg X hendaklah terpakai kpd pegawai itu.


Pemeriksaan kesihatan, akuan berkanun dan Surat Aku Janji

Peraturan 20(1), P.U(A)1/2012 – Tiap-tiap calon yang akan dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah memenuhi syarat pelantikan yang berikut:
  1. Diperiksa dan diakui sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;
  2. Membuat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960; dan
  3. Menandatangani Surat Aku Janji
Peraturan 21,P.U(A)1/2012 – Pegawai yang dilantik kali untuk pertama atau pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan yang lain dikehendaki lulus tapisan keselamatan sebagaimana yang ditetapkan sekiranya ditetapkan sedemikian dalam mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa.