Pelantikan Tetap / Sementara
Bahagian Perkhidmatan
Terma & Takrifan
P.U(A) 1/2012
Peraturan 4 – Tafsiran
Pelantikan ke dalam perkhidmatan awam oleh Suruhanjaya secara tetap, sementara atau kontrak termasuklah pelantikan kali pertama dan pelantikan seseorang pegawai yang sedang berkhidmat dalam mana-mana skim perkhidmatan.
Syarat-Syarat
Pelantikan mengikut skim perkhidmatan
Peraturan 5(1), P.U(A) 1/2012 - Semua pelantikan ke dalam perkhidmatan awam hendaklah memenuhi syarat skim perkhidmatan yang berkuat kuasa pada masa itu.
Pelantikan warganegara sahaja
Peraturan 6 (1) , P.U(A) 1/2012 Semua calon bagi pelantikan ke dalam perkhidmatan awam mestilah warganegara Malaysia.Peraturan 6 (2) , P.U(A)1/2012 - Walau apapun subperaturan (1), YDPA boleh, atas alasan kepentingan negara, membenarkan pelantikan seseorang yang bukan warganegara secara kontrak dan peruntukan Bhg X hendaklah terpakai kepada pegawai itu.
Pemeriksaan kesihatan, akuan berkanun dan Surat Aku Janji
Peraturan 20(1), P.U(A)1/2012 – Tiap-tiap calon yang akan dilantik ke dalam perkhidmatan awam hendaklah memenuhi syarat pelantikan yang berikut:
- Diperiksa dan diakui sihat oleh pengamal perubatan berdaftar;
- Membuat akuan berkanun di bawah Akta Akuan Berkanun 1960; dan
- Menandatangani Surat Aku Janji
Peraturan 21, P.U(A)1/2012 – Pegawai yang dilantik kali untuk pertama atau pegawai yang dilantik ke skim perkhidmatan yang lain dikehendaki lulus tapisan keselamatan sebagaimana yang ditetapkan sekiranya ditetapkan sedemikian dalam mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa.
Dasar-dasar / Pekeliling Berkaitan
- Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U(A)1/2012].
- Skim perkhidmatan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
- Ceraian UP.1.3.10 Pemeriksaan Kesihatan Bagi Maksud Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam
https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/UP/Pelantikan/ - Ceraian UP.1.3.7 Pelaksanaan Tapisan Keselamatan Bagi Pegawai Yang Dilantik Dalam Perkhidmatan Awam
https://docs.jpa.gov.my/docs/myppsm/PPSM/UP/Pelantikan/
Urusan Perkhidmatan
- Kenaikan Pangkat / Pemangkuan
- Pelantikan
- Tanggung Kerja
- Tatatertib
- Tatatertib - Prosedur Pegawai Yang Dikenakan Perintah Tahanan, Buang Negeri Dsb
- Tatatertib - Prosedur Pegawai Yang Tidak Hadir Bertugas Dan Tidak Dapat Dikesan
- Tatatertib - Prosedur Pegawai Yang Tertakluk Kepada Prosiding Jenayah
- Tatatertib - Prosedur Surcaj
- Tatatertib - Prosedur Tatatertib Biasa (Am)
- Dasar Pemisah
- Peperiksaan Perkhidmatan Awam
- e-Brosur Leadership Assessment Programs (LEAPs)
- Pengurusan Prestasi