Skip to main content

Pencen - Urusan Persaraan

Soalan Lazim

Urusan Persaraan

1. Apakah peranan dan tanggungjawab seorang bakal pesara?

Bakal pesara perlu memastikan Jabatan mengemukakan dokumen persaraan yang lengkap ke KWAP tidak lewat 3 bulan sebelum tarikh persaraan untuk membolehkan faedah persaraan dibayar dalam masa yang sepatutnya.

2. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya terdapat kenaikan pangkat, pergerakan gaji atau sebarang perubahan kepada perkhidmatan dan gaji akhir setelah bersara?

Pesara perlu memastikan Jabatan akhir mengemukakan kenyataan perkhidmatan yang telah dikemaskini ke KWAP untuk hitung semula faedah persaraan.

3. Adakah tempoh perkhidmatan sandaran boleh diambilkira untuk tujuan pengiraan faedah persaraan?

Tempoh perkhidmatan yang tidak boleh diambilkira ialah tempoh perkhidmatan berstatus sandaran, kontrak, sangkut dan sambilan.

4. Bilakah ganjaran dan pencen akan dibayar bagi persaraan Atas Sebab Kesihatan (ASK)?

Tarikh kuatkuasa ASK ialah sehari selepas ianya diluluskan. Bayaran ganjaran dan Gantian Cuti Rehat (GCR) jika ada akan dibayar dalam tempoh 21 hari dari tarikh persaraan dan pencen bulanan pula dalam tempoh 30 hari.

5. Apakah yang perlu dilakukan oleh ahli keluarga sekiranya pegawai meninggal dunia semasa dalam perkhidmatan?

Ahli keluarga/ waris/ tanggungan gemulah (pegawai yang meninggal dunia) perlu menghubungi Jabatan akhir dan menyerahkan semua dokumen yang diperlukan bagi memastikan Jabatan akhir dapat mengemukakan dokumen pencen terbitan kepada Bahagian Pencen, JPA dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh kematian gemulah. Bagi permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 pula ianya hendaklah dituntut daripada Jabatan terakhir gemulah.

6. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kematian dalam persaraan dan masih terdapat balu / duda atau anak yang masih layak menerima pencen terbitan?

Ahli keluarga/ waris/ tanggungan gemulah (pegawai yang meninggal dunia) perlu menyerahkan semua dokumen yang diperlukan kepada KWAP secepat mungkin supaya proses pemindahan pencen terbitan kepada balu/ duda/ anak-anak yang layak dapat dibuat dengan segera. Ini juga termasuk dengan dokumen permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ) sebanyak RM3,000 dan dihantar kepada KWAP.

7. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya penerima pencen melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama?

Penerima pencen yang melanjutkan pengajian ke ijazah pertama perlu mengisi borang Pengesahan Anak Belajar di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) - JPA.BP.SPT.B03a dan mengemukakannya ke KWAP untuk pengemaskinian maklumat.

8. Adakah balu / duda yang dikahwini dalam persaraan layak menerima faedah terbitan?

Balu/duda/anak hasil perkahwinan dalam persaraan layak untuk menerima pencen terbitan terhad kepada baki dari 20 tahun dari tarikh persaraan.

9. Adakah balu / duda yang dikahwini selepas penswastaan syarikat layak menerima faedah terbitan?

Kelayakan bagi balu / duda yang dikahwini selepas penswastaan syarikat layak untuk menerima pencen terbitan adalah terhad sehingga 20 tahun dari tarikh penswastaan.

11. Apakah Gantian Cuti Rehat (GCR)?

Gantian Cuti rehat adalah Award wang tunai yang diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang tidak berpeluang menghabiskan cuti rehat disebabkan kepentingan perkhidmatan.

12. Bilakah GCR berkuatkuasa?

Award Gantian Cuti Rehat telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 1974 melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1974 dan hanya diberi kepada Anggota Perkhidmatan Awam yang bersara pada atau selepas 1 Januari 1974.

13. Siapakah yang layak menerima GCR?

Award Gantian Cuti Rehat hanya diberikan kepada Anggota Tetap (termasuk pegawai dalam tempoh percubaan) dan Anggota Sementara dalam Perkhidmatan Awam yang bersara di bawah Akta Pencen 1980.

14. Siapakah yang tidak layak menerima GCR?

Award Gantian Cuti Rehat tidak diberikan kepada pegawai yang meletakkan jawatan atau pegawai yang dikenakan tindakan tatatertib buang kerja.

15. Bagaimana pengumpulan cuti dibuat?

Pengumpulan cuti bagi tujuan gantian cuti rehat adalah mengikut peruntukan para 21(1) Peraturan Pencen 1980, Pekeliling Perkhidmatan (yang berkaitan) dan Perintah Am Bab C.

16. Formula pengiraan GCR?

Formula GCR adalah seperti berikut :
1/30 X cuti rehat terkumpul (hari) X (gaji akhir + * imbuhan tetap )

*Imbuhan tetap adalah =

  1. Imbuhan Tetap Jawatan Utama
  2. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)
  3. Imbuhan Tetap Keraian (ITK)
  4. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)

Tertakluk maksimum 180 hari

17. Jabatan manakah yang membayar GCR?

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah bertanggungjawab meluluskan dan membayar 'Award' Gantian Cuti Rehat kepada pesara perkhidmatan awam persekutuan manakala pesara perkhidmatan awam negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan akan dibayar oleh Jabatan akhir mereka berkhidmat.

18. Bilakah bayaran GCR dibuat?

Pembayaran GCR akan dibuat dalam tempoh 21 hari dari tarikh persaraan pegawai.

19. Apakah kelayakan anak bagi pasangan yang berkahwin dalam perkhidmatan untuk menerima pencen terbitan?

Bagi pasangan yang berkahwin semasa dalam perkhidmatan, kelayakan anak adalah sehingga mencapai umur 21 tahun atau berkahwin yang mana terdahulu, atau sehingga tamat pengajian di peringkat ijazah pertama.

20. Bolehkah pegawai/ pekerja mengumpul semua cuti rehat di tahun akhir perkhidmatan supaya dapat dikumpul untuk Gantian Cuti Rehat (GCR)?

Pegawai/ pekerja boleh mengumpul cuti rehat maksimum tahun akhir mengikut kelayakan cuti rehat tahunannya.

21. Di manakah dokumen persaraan perlu dihantar?

Dokumen persaraan boleh dihantar ke:
Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan)
Jabatan Perkhidmatan Persaraan,
Aras 2, Skytech Tower 2,
MKN Embassy Techzone,
Jalan Teknokrat 2, Cyber 4,
63000 Cyberjaya, Selangor

22. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan borang permohonan Bantuan Mengurus Jenazah (BMJ)?

Borang permohonan boleh dimuat turun di https://pencen.jpa.gov.my/ atau di menu Senarai Borang > FAEDAH TERBITAN > B. Senarai Borang Faedah Terbitan - Kematian Dalam PERSARAAN > JPA.BP.UMUM.BMJ (Pindaan 2025) > B3. Bantuan Mengurus Jenazah (https://pencen.jpa.gov.my/perkhidmatan/pelbagai.html) dan informasi lanjut mengenai BMJ ini adalah seperti di pautan https://pencen.jpa.gov.my/bantuan-mengurus-jenazah.html.

24. Bagaimanakah prosedur menggantikan kad pesara yang hilang?

Kad pesara boleh dibuat di kaunter Khidmat Pelanggan Urusan Persaraan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) KWAP Cyberjaya atau kaunter JPA4U, Jabatan Pekhidmatan Awam, Blok C2, Kompleks C di Putrajaya.

25. Adakah terdapat tempoh tertentu dalam menuntut Bayaran Mengurus Jenazah (BMJ)?

Permohonan BMJ perlu dikemukakan dalam tempoh 12 bulan dari tarikh kematian pesara.

26. Saya seorang penjawat awam yang mengurus pencen pegawai/ anggota di Jabatan kami. Apakah nombor telefon dan emel yang boleh dihubungi?

Sila hubungi talian 03-8887 8777 atau emelkan kepada Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

27. Apa perlu waris lakukan apabila pesara atau penerima pencen meninggal dunia dan tidak lagi mempunyai waris yang layak menerima pencen terbitan?

Jika pesara ataupun penerima pencen meninggal dunia dan tiada orang yang layak lagi untuk menerima Pencen Terbitan, waris hendaklah mengambil tindakan-tindakan berikut:

1. Memaklumkan kepada Bahagian Pencen, JPA dengan segera tentang kematian pesara ataupun penerima pencen tersebut dan sertakan:

  1. 1 salinan sijil mati gemulah;
  2. Kad Pesara yang asal;
  3. Waran yang masih belum ditunaikan, jika berkenaan.

2.     Bahagian Pencen, JPA akan menguruskan baki pencen (jika ada) dan bayaran akan dibuat kepada waris yang terdekat. Waris hendaklah mengemukakan 1 salinan Kad Pengenalan beliau.

Sijil Akuan Berhutang

1. Bilakah penggunaan Sijil Akuan Berhutang (SAB) yang baharu berkuat kuasa?

Fail-fail yang akan dibuka pada 1 Jun 2025 oleh pihak KWAP hendaklah menggunakan borang SAB yang baharu. Sekiranya KWAP menerima borang SAB lama perlu dikuiri mengikut format borang SAB yang baharu.

2. Siapakah yang wajib mengisi SAB?

Bakal pesara/penerima pencen terbitan (mati dalam perkhidmatan) wajib mengisi borang SAB sama ada ada hutang atau tidak.

3. Kenapa pengesahan daripada Bahagian Khidmat Pengurusan/Bahagian Kewangan dan Bahagian Pinjaman Pelajaran penting?

Bahagian Khidmat Pengurusan/Bahagian Kewangan dan Bahagian Pinjaman Pelajaran mempunyai data hutang yang terkini bagi penjawat awam. Sehubungan itu, pengesahan daripada bahagian tersebut diwajibkan agar hutang kerajaan dapat dikutip melalui pembayaran faedah persaraan.

4. Siapakah yang boleh membuat pengesahan pada Bahagian C dan D?

Pegawai yang diberi kuasa oleh ketua jabatan.

5. Sekiranya tiada hutang, adakah Bahagian C dan D perlu disahkan?

Bahagian C dan D wajib diisi oleh pegawai yang diberi kuasa walaupun tiada hutang bagi mengesahkan tiada hutang.

6. Bahagian C dan D wajib diisi oleh pegawai yang diberi kuasa walaupun tiada hutang bagi mengesahkan tiada hutang.

Borang SAB wajib diisi oleh bakal pesara walaupun tiada hutang dan perlu disahkan oleh pegawai di Bahagian C, D dan F.

7. Siapakah yang perlu mengisi Bahagian G?

Bahagian Kewangan wajib mengisi Bahagian G bagi urusan pemulangan semula hutang yang dikutip daripada faedah persaraan.

8. Apakah dokumen yang perlu disertakan?

Mohon sertakan sekali dokumen sokongan seperti penyata baki hutang.