Rabu, 12 Ogos 2020
21 Zulhijjah 1441

Makluman Penambahbaikan Fungsi Permohonan Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Tahun Baru Siam (Songkran) Dan Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday Di HRMIS 2.0 Dan HRMIS Klasik

2.    Dimaklumkan bahawa terdapat 2 fungsi Permohonan Cuti Tanpa Rekod telah ditambah baik dari segi kawalan permohonan berdasarkan kelayakan pemohon dan boleh dimohon melalui HRMIS 2.0 dan HRMIS Klasik.

  1. Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Tahun Baru Siam (Songkran) berdasarkan Surat Edaran (SE29042019) : Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Tahun Baru Siam (Songkran) Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Berketurunan Siam; dan
  2. Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday berdasarkan Surat Edaran (SE17042019) : Cuti Tanpa Rekod Sempena Perayaan Good Friday Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Yang Menganut Agama Kristian

3.    Kedua-dua Cuti Tanpa Rekod ini boleh mula dimohon bermula tahun 2021.