Skip to main content

Pengurusan Prestasi

Bahagian Perkhidmatan

Terma & Takrifan

Sistem penilaian prestasi bermaksud suatu sistem untuk merancang, melaksana, mengurus dan menilai pencapaian prestasi anggota dan matlamat organisasi dalam tempoh satu tahun.

Pegawai Penilai (PP) ialah pegawai yang mempunyai hubungan taraf tinggi rendah iaitu menunjukkan kewujudan peranan penyeliaan dan mempunyai hubungan kerja dengan pegawai yang dinilai (PYD).

Pegawai Penilai Semula (PPS) ialah pegawai atasan yang terdekat kepada PP dan mempunyai hubungan kerja dengan PYD. (Jika hanya terdapat satu peringkat penyeliaan, maka penilaian dibuat oleh PP sahaja)

Syarat-Syarat

Syarat-syarat Penentuan PP dan PPS

  1. Jawatan bagi pegawai itu wujud dalam Waran Perjawatan dan/ atau Anggaran Belanja Mengurus di jabatan;

  1. Mempunyai hubungan taraf tinggi rendah yang menunjukkan kewujudan peranan penyeliaan dan mempunyai hubungan kerja dengan jawatan PYD. Sehubungan itu, pegawai yang diluluskan penanggungan kerja jawatan tertentu tidak boleh menjadi PP kepada PYD yang diselia oleh jawatan yang ditanggung kerja;

  1. Pegawai merupakan lantikan tetap, kontrak atau sementara;

  1. Pegawai bukan anggota pentadbiran;

  1. Tiada hubungan kekeluargaan terdekat sama ada melalui pertalian darah atau perkahwinan dengan PYD.

  2. Pegawai telah menyelia PYD bagi tempoh yang paling lama dalam tahun penilaian. Sekiranya tiada, tempoh minimum penyeliaan yang boleh diambil kira bagi tujuan penentuan PP adalah tidak kurang 3 bulan;

  1. Ketua Perkhidmatan boleh menjadi PPS bagi PYD yang ditempatkan di jawatan kader; dan

  1. Mana-mana pegawai atau jawatan tertentu yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam sebagai PP kepada mana-mana PYD di sesebuah jawatan.

Dasar-dasar / Pekeliling Berkaitan

Surat Edaran bertarikh 3 November 2021 – Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Serta Kumpulan Pelaksana Secara Dual System Bagi Tahun Penilaian 2022 Dan 2023.

Carta Alir Proses

Surat Edaran bertarikh 3 November 2021 – Pengurusan Prestasi Kumpulan Pengurusan Dan Profesional Serta Kumpulan Pelaksana Secara Dual System Bagi Tahun Penilaian 2022 Dan 2023.

  • Rajah 1, 2, 3, Ilustrasi 1 Lampiran A2 – Penentuan Pegawai Penilai
  • Lampiran B – Jadual Pengurusan Prestasi Tahunan Secara Dual System

Hubungi

Pn. Norhartaty binti Rahmat

03-88855320

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

En. Muhammad Amiruddin bin Sulaiman

03-88855324

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

En. Mohd Tarmizi bin Ahmad

03-88855318

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. 

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Perkhidmatan Online