Skip to main content

Perkhidmatan Kaunseling

Bahagian Psikologi

Terma & Takrifan

Kaunseling adalah satu proses perhubungan menolong secara bersemuka di antara Pegawai Psikologi dan klien yang normal.

Prosedur

Cara Mendapatan Perkhidmatan Kaunseling

Sesi kaunseling boleh dijalankan dengan membuat temujanji melalui aplikasi e-KPA di laman web JPA. Permohonan juga boleh melalui e-mel, telefon, surat atau secara walk-in ke Bahagian Pengurusan Psikologi, JPA.

Dasar-dasar / Pekeliling Berkaitan

  1. Akta Kaunselor 1998 (Akta 580);
  2. Kod Etika Kaunselor, 2016 (cetakan Kedua), Lembaga Kaunselor;
  3. Piawaian Amalan Kaunseling, Bahagian Perkhidmatan Psikologi, Cetakan 3 Tahun 2003 (terjemahan dari American Counseling Association, Code of Ethics and Standards of Practice, 1995);
  4. Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia: Pengurusan Psikologi Versi 1.0 (2022). Ceraian PO.3.1.1: Pengurusan Psikologi dalam Perkhidmatan Awam;
  5. Panduan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam, Jabatan Perkhidmatan Awam 2008; dan
  6. Garis Panduan Penggunaan e-Psikologi dan Kod Etika Ujian Psikologi dalam Perkhidmatan Awam 2009.

Piagam Pelanggan

Menyediakan perkhidmatan kaunseling individu kepada anggota perkhidmatan awam persekutuan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh Pegawai Psikologi menerima permohonan tertakluk kepada persetujuan dan kehadiran klien.

Carta Alir Proses

Menerima permohonan dari pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan yang memerlukan perkhidmatan kaunseling sama ada melalui emel, telefon, surat atau secara walk-in (sukarela) dan secara rujukan.

Merekodkan maklumat klien dalam Sistem Daftar Klien. Bagi klien yang pernah menjalankan sesi kaunseling, fail klien akan disediakan.

Merujuk kepada PBPs/ pegawai dipertanggungjawabkan untuk menentukan Pegawai Psikologi bagi kes baharu. Jika klien telah ada dalam Sistem Daftar Klien, terus dirujuk kepada Pegawai Psikologi berkenaan.

Menetapkan tarikh dan masa untuk temujanji sesi kaunseling serta kesediaan Pegawai Psikologi untuk mengendalikan sesi kauseling dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh Pegawai Psikologi menerima permohonan tertakluk kepada persetujuan klien.

Membuka fail klien

Menjalankan sesi kaunseling pada tarikh temujanji yang ditetapkan

Sesi Temujanji

Untuk Penetapan Sesi Temujanji Dan Pertanyaan Lanjut :

Layari e-Kaunseling Perkhidmatan Awam (www.interactive1.jpa.gov.my/ekpa) atau hantarkan emel ke Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Hubungi

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Cawangan Pembangunan, Kluster Pembangunan Dasar
Bahagian Psikologi, JPA

Encik Suhaimee Bin Abd Gani
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
03-8885 5221

Puan Shamila Banu Binti Hisamuddin
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
03-8885 5235