Khamis, 18 April 2024
09 Syawal 1445
  • English (United Kingdom)
biruhijauemasmerah

Merujuk kepada surat pembaca daripada Pelajar Tertindas, Bangi, Selangor bertajuk `Pelajar UNITEN Belum Terima Tuntutan Elaun Sara Hidup’ yang telah disiarkan melalui akhbar Berita Harian pada 16 Julai 2011.

Adalah dimaklumkan bahawa kaedah pembayaran Elaun Sara Hidup (ESH) bagi pelajar tajaan JPA di Institut Pengajian Tinggi dalam Negara adalah mengikut sistem pengajian dua semester. Bayaran pertama ESH adalah bermula daripada bulan Januari sehingga Jun, manakala bayaran kedua pula adalah mulai Julai sehingga Disember. Walau bagaimanapun bagi tahun 2011, Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah memaklumkan bahawa mulai Mei 2011 terdapat perubahan kepada sistem pengajian universiti iaitu dari dua semester kepada tiga semester.

Perubahan sistem pengajian ini akan memberikan pelajar mengikuti tempoh pengajian yang lebih singkat. Selaras daripada perubahan tersebut, JPA telah mengambil inisiatif untuk mengubah kaedah pembayaran ESH mengikut sistem pengajian 3 semester khusus buat pelajar di UNITEN mulai Julai 2011. Pelajar adalah dinasihatkan agar menghubungi talian 03-88853061 atau 03- 88853560 untuk semakan selanjutnya.

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
02 Ogos 2011