Khamis, 21 November 2019
24 Rabi'ul-Awwal 1441
A- A A+

Merujuk kepada Surat Edaran Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bertajuk Kawalan Saiz Perkhidmatan Awam bertarikh 26 Disember 2018, JPA ingin memaklumkan bahawa inisiatif kawalan saiz Perkhidmatan Awam yang dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Transformasi Perkhidmatan Awam pada 23 Oktober 2018 yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri bukanlah perkara baharu malah ianya telah dimulakan sejak tahun 2015 melalui Mesyuarat Jawatankuasa Transformasi Perkhidmatan Awam (JKK-TPA) Bil.1 Tahun 2015. Ini merupakan kesinambungan daripada usaha merasionalisasikan saiz perkhidmatan awam yang mula diperkenalkan sejak tahun 2008.

Muat Turun Siaran Media - Rasionalisasi Saiz Perkhidmatan Awam