Selasa, 17 September 2019
18 Muharram 1441
A- A A+

Merujuk kepada  surat pembaca daripada Anak Kesal, Kangar, Perlis bertajuk "Segerakan Bayar Tuntutan Perjalanan" yang telah disiarkan melalui akhbar Utusan Malaysia pada 9 November 2011.

Terlebih dahulu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merakamkan ucapan terima kasih kepada aduan yang ditulis oleh "Anak Kesal" yang disiarkan di Utusan Malaysia bertarikh 9 November 2011.  JPA telah menyemak status permohonan seperti yang dinyatakan oleh "Anak Kesal" dalam akhbar Utusan Malaysia.

Untuk makluman, permohonan pengadu masih dalam tindakan JPA dan memerlukan perincian maklumat untuk disegerakan seperti yang dipohon oleh pengadu. Sehubungan itu, JPA memohon  agar "Anak Kesal" menghubungi JPA dengan segera bagi membolehkan JPA mendapatkan maklumat terperinci bagi tujuan tuntutan tersebut.

Terdapat kes-kes tuntutan perjalanan pesara yang tidak dapat diproses dengan segera kerana  maklumat yang dikemukakan kepada JPA tidak lengkap.  Sehubungan itu, mana-mana pesara yang telah mengemukakan tuntutan dan belum menerima bayaran seperti  'Anak Kesal' boleh menghubungi Puan Azura binti Abdullah di talian 03-88854124 dan Puan Fatimah binti Md. Salleh di talian 03-88854873 supaya tindakan lanjut dapat diambil dengan segera.

 

 

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
9 November 2011