Rabu, 18 September 2019
19 Muharram 1441
A- A A+

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merujuk kepada surat pembaca T.S. Ramasamy bertajuk “Tell Us Date of Payment” yang disiarkan oleh akhbar New Straits Times bertarikh 30 April 2012.

Pembayaran pencen yang diselaraskan mengikut Sistem Saraan Malaysia Yang Ditambahbaik telah mula dibayar kepada pesara mulai bulan April 2012. Seramai 386,156 pesara telahpun dibayar mengikut kadar pencen baru berdasarkan Sistem Saraan Malaysia Yang Ditambahbaik manakala tunggakan perbezaan kadar pencen bagi bulan Januari hingga Mac akan dibayar bersekali dengan pencen bulan Mei.

Bagi pesara yang belum mendapat penyelarasan pada bulan April, kadar pencen baru akan dibayar pada bulan Mei bersekali dengan tunggakan perbezaan bagi bulan Januari hingga April.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh disalurkan kepada:

Jabatan Perkhidmatan Awam
Bahagian Pasca Perkhidmatan
Blok C2, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 W.P Putrajaya

No.Telefon : 03 - 8885 4421 / 4438 / 4424 / 4445
No.Faks : 03 - 8888 4028

 

Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia
Putrajaya

03 Mei 2012