Rabu, 18 September 2019
19 Muharram 1441
A- A A+

Ekoran daripada krisis pergolakan yang berlaku di Mesir, pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menasihatkan agar pelajar-pelajar di bawah tajaan JPA yang masih berada di sana supaya dapat mematuhi keputusan yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri agar pulang ke tanah air secara sukarela demi keselamatan.

Setakat ini, terdapat seramai 403 orang pelajar tajaan JPA yang masih berada di Mesir untuk menduduki peperiksaan. Sehubungan dengan itu, JPA melalui Pejabat Penasihat Pendidikan dan Latihan JPA, Kedutaan Besar Malaysia dan Education Malaysia Egypt di Kaherah akan memastikan proses evakuasi pelajar dapat dilaksanakan dengan lancar.

Selain itu, para pelajar yang masih bercuti di Malaysia dinasihatkan agar dapat menangguhkan kepulangan ke Mesir seperti yang disarankan oleh kerajaan baru-baru ini. Namun begitu, sekiranya keadaan di Mesir masih tidak pulih dan tidak selamat bagi pelajar Malaysia meneruskan pengajian di sana, maka pihak JPA akan bekerjasama dengan KPM bagi membantu pelajar-pelajar yang terlibat mendapatkan tempat pengajian di negara-negara lain atau di IPT swasta dalam negara.

Bagi memudahkan ibubapa dan pelajar mendapatkan maklumat terkini, bilik operasi KPM telah dibuka sejak 16 Ogos 2013 dan boleh dihubungi untuk sebarang pertanyaan di talian 03-8870 6611 dan 03-8870 6627, e-mel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya., atau laman sosial facebook: https://www.facebook.com/pages/StudentWorld/

Walau bagaimanapun, ibu bapa dan para pelajar tajaan JPA juga boleh menghubungi JPA di Putrajaya melalui talian 03-8885 3939 / 3491 / 3511 untuk mengetahui perkembangan terkini pelajar-pelajar tajaan JPA di Mesir.

 

TAN SRI MOHAMAD ZABIDI ZAINAL
KETUA PENGARAH PERKHIDMATAN AWAM
PUTRAJAYA
21 Ogos 2013