Khamis, 19 September 2019
20 Muharram 1441
A- A A+

Ucapan Takziah KPPA Kepada Keluarga Allahyarham Tan Sri Dato' Mahmud Taib

Saya mewakili Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan seluruh penjawat awam melahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Dato' Mahmud Taib, yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Mac 2016 di Hospital Kuala Lumpur.

Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar kepada negara khususnya Perkhidmatan Awam Malaysia. Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang ke-15 bermula 16 April 1990 hingga 13 Disember 1995.

Bagi pihak JPA dan seluruh penjawat awam, saya mendoakan agar Allahyarham Tan Sri Dato' Mahmud Taib dicucuri rahmat serta dikurniakan kebaikan.

 

Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Putrajaya
30 Mac 2016

Muat Turun: Ucapan Takziah Tan Sri KPPA Kepada Keluarga Allahyarham Tan Sri Dato' Mahmud Taib