Skip to main content

Skim Perkhidmatan

Bahagian Perjawatan & Organisasi

Terma & Takrifan

 

TERMA

TAKRIFAN SEDIA ADA

1.     

Kumpulan Perkhidmatan

Kumpulan Perkhidmatan adalah kelompok perkhidmatan yang disusun mengikut keutamaan peranan, prinsip-prinsip kumpulan gaji dan kelayakan akademik yang ditetapkan sebagai syarat kelayakan masuk.

Di bawah pelaksanaan Sistem Saraan Baru (SSB) dan seterusnya Sistem Saraan Malaysia (SSM), struktur perkhidmatan sektor awam dibahagikan kepada tiga (3) Kumpulan Perkhidmatan iaitu Kumpulan Pengurusan Tertinggi, Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Sokongan.

2.     

Kumpulan Pengurusan Tertinggi

Kumpulan Perkhidmatan berbentuk kenaikan pangkat daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional bagi jawatan-jawatan strategik. Ia terdiri daripada Gred Jawatan Utama C dan ke atas.

3.     

Kumpulan Pengurusan & Profesional

Kumpulan Perkhidmatan yang terdiri daripada skim perkhidmatan yang memperuntukkan syarat kelayakan masuk sekurang-kurangnya ijazah sarjana muda atau kelayakan-kelayakan lain yang lebih tinggi yang diiktiraf oleh Kerajaan.

4.     

Kumpulan Pelaksana

Kumpulan Perkhidmatan yang terdiri daripada skim-skim perkhidmatan memperuntukkan syarat kelayakan masuk peringkat diploma dan ke bawah yang diiktiraf oleh Kerajaan.

5.     

Skim Perkhidmatan

Satu dokumen yang mengandungi syarat-syarat bagi melantik seseorang ke mana-mana perkhidmatan dalam Perkhidmatan Awam.

6.     

Skim Perkhidmatan Bersepadu

Skim perkhidmatan yang menggabungkan dua atau lebih kumpulan kelayakan akademik dalam satu skim perkhidmatan. Contohnya kelompok Kumpulan Pelaksana berkelayakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Kumpulan Pelaksana berkelayakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau diploma

7.     

Skim Perkhidmatan Jumud

Skim perkhidmatan yang fungsi perkhidmatannya yang tidak lagi diperlukan (obsolete) dan semua pelantikan baharu diberhentikan. Sesuatu perkhidmatan itu boleh dijumudkan atas sebab-sebab berikut:

  • Fungsi perkhidmatan tidak lagi diperlukan; atau
  • Fungsi perkhidmatan telah diambil alih oleh perkhidmatan lain(sama ada fungsinya diperluaskan atau berlaku perubahan fungsi tugas; atau
  • Fungsi perkhidmatan telah diswastakan, diasingkan saraan atau dialih daya (outsource).

Prinsip Pelantikan Ke Dalam Perkhidmatan Awam

Punca Kuasa

Peraturan 5, Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2012 [P.U. (A)1/2012]:

5. (1) Semua pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam hendaklah mengikut syarat yang dinyatakan dalam skim perkhidmatan yang sedang berkuat kuasa pada masa itu.

Pengiktirafan Kelayakan

Kelayakan yang diiktiraf atau kelayakan yang diiktiraf setaraf adalah menjadi salah satu syarat utama untuk pelantikan ke dalam Perkhidmatan Awam sebagaimana yang dinyatakan dalam skim-skim perkhidmatan.

Syarat Kelayakan Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia

Keputusan Jawatankuasa Jemaah Menteri pada bulan Ogos 1968 telah bersetuju supaya kelulusan dalam subjek Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia dijadikan sebagai satu syarat wajib untuk lantikan ke dalam perkhidmatan awam.

Syarat-Syarat

Penggubalan/ Penambahbaikan Skim Perkhidmatan

    1. Permohonan Agensi/ Ketua Perkhidmatan
    2. Keputusan Dasar/ Arahan Pemegang Taruh (Stakeholders)

Dasar-dasar / Pekeliling Berkaitan

  1. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 112.
  2. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 132.
  3. Akta Acara Kewangan, Seksyen 15(3), 1957.
  4. Akta Tugas-Tugas Menteri 1969.
  5. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan )2012, Perkara 5.

Carta Alir Proses

Piagam Pelanggan

Menyelesaikan kajian mengikut tempoh masa seperti berikut:

  1. Penggubalan skim perkhidmatan yang lengkap maklumatnya dalam tempoh 8 bulan;
  2. Pindaan kepada syarat-syarat skim perkhidmatan yang lengkap maklumatnya dalam tempoh 6 bulan; dan
  3. Kelonggaran syarat skim perkhidmatan yang lengkap maklumatnya dalam tempoh 1 bulan.

Penghuraian Kerja Skim Perkhidmatan

 

KLASIFIKASI

SKIM PERKHIDMATAN

1.

Klasifikasi A

  1. Juruterbang/ Pemeriksa Juruterbang
  2. Pegawai Kawalan Trafik Udara
  3. Pegawai Laut
  4. Pemeriksa Kapal Terbang
  5. Penolong Pegawai Laut
  6. Penolong Pegawai Kawalan Trafik Udara
  7. Penolong Pemeriksa Kapal Terbang
  8. Pembantu Laut
  9. Kereta Motor

2.     

Klasifikasi B

  1. Penerbit Rancangan
  2. Pegawai Kebudayaan
  3. Ahli Muzik
  4. Pereka
  5. Artis Budaya
  6. Jurufotografi

3.     

Klasifikasi C

  1. Pegawai Kawalan Alam Sekitar
  2. Pegawai Teknologi Makanan
  3. Pegawai Meteorologi
  4. Pegawai Sains
  5. Pegawai Penyediaan Makanan
  6. Pegawai Geosains
  7. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar
  8. Penolong Pegawai Teknologi Makanan
  9. Penolong Pegawai Penyediaan Makanan
  10. Penolong Pegawai Sains
  11. Penolong Pegawai Meteorologi
  12. Pembantu Makmal
  13. Penolong Pegawai Geosains
  14. Pembantu Geosains

4.     

Klasifikasi D

  1. Pensyarah Perubatan
  2. Pensyarah Universiti
  3. Pensyarah Pergigian
  4. Guru Bahasa
  5. Pensyarah Farmasi
  6. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi
  7. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
  8. Pembantu Pegawai Latihan Vokasional/ Penolong Pegawai Latihan Vokasional/ Pegawai Latihan Vokasional

5.     

Klasifikasi E

  1. Perangkawan
  2. Pegawai Ehwal Ekonomi
  3. Penolong Pegawai Perangkaan
  4. Penolong Pegawai Ehwal Ekonomi
  5. Pembantu Perangkaan
  6. Pembantu Ehwal Ekonomi
  7. Pembantu Pegawai Latihan / Penolong Pegawai Latihan / Pegawai Latihan

6.

Klasifikasi F

  1. Pegawai Teknologi Maklumat
  2. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
  3. Juruteknik Komputer

7.

Klasifikasi G

  1. Pemelihara Hutan
  2. Pegawai Pertanian
  3. Pegawai Perikanan
  4. Pegawai Hidupan Liar
  5. Pegawai Veterinar
  6. Pegawai Rancangan Tanah
  7. Penolong Pegawai Pertanian
  8. Penolong Pegawai Perikanan
  9. Penolong Pegawai Hidupan Liar
  10. Penolong Pegawai Rancangan Tanah
  11. Penyelia Rancangan Tanah
  12. Pembantu Perikanan
  13. Pembantu Veterinar/ Penolong Pegawai Veterinar
  14. Pembantu Hidupan Liar
  15. Pengawas Hutan
  16. Renjer Hutan / Penolong Pemelihara Hutan

8.

Klasifikasi H

  1. Pembantu Khidmat Am
  2. Pembantu Kemahiran

9.

Klasifikasi J

  1. Arkitek Landskap
  2. Arkitek
  3. Juruukur Bangunan
  4. Jurugeospatial
  5. Pegawai Perancang Bandar dan Desa
  6. Jurutera
  7. Pemeriksa Kilang dan Jentera
  8. Juruukur Bahan
  9. Juruukur
  10. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa
  11. Penolong Juruukur Bahan
  12. Penolong Arkitek Landskap
  13. Penolong Juruukur Bangunan
  14. Penolong Pemeriksa Kilang dan Jentera
  15. Penolong Juruukur
  16. Pembantu Pemeriksa Kilang dan Jentera
  17. Penjaga Jentera Elektrik
  18. Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam) / Penolong Jurutera
  19. Pelukis Pelan (Seni Bina) / Penolong Pegawai Seni Bina

10.

Klasifikasi K

  1. Penguasa Bomba
  2. Penguasa Penjara
  3. Pegawai Keselamatan
  4. Pegawai Pertahanan Awam
  5. Pegawai Penguat Kuasa
  6. Penolong Penguasa Penjara
  7. Penolong Pegawai Keselamatan
  8. Penolong Pegawai Pertahanan Awam
  9. Penolong Penguasa Bomba
  10. Pegawai Bomba
  11. Pembantu Pertahanan Awam
  12. Pegawai Penjara
  13. Pegawai Imigresen
  14. Pembantu Keselamatan
  15. Pembantu Pendaftaran
  16. Penolong Pegawai Penguat Kuasa
  17. Pembantu Penguat Kuasa
  18. Penolong Pegawai Pendaftaran / Pegawai Pendaftaran
  19. Penolong Penguasa Imigresen / Penguasa Imigresen

11.

Klasifikasi L

  1. Pegawai Syariah
  2. Pegawai Undang-Undang
  3. Jurubahasa
  4. Penolong Pegawai Syariah
  5. Penolong Pegawai Undang-Undang
  6. Pembantu Syariah
  7. Pembantu Tadbir (Undang-Undang)

12.

Klasifikasi M

  1. Pegawai Tadbir dan Diplomatik

13.

Klasifikasi N

  1. Pegawai Tadbir
  2. Penolong Pegawai Tanah
  3. Penolong Pegawai Tadbir
  4. Penghulu
  5. Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi)
  6. Pembantu Pengurusan Murid
  7. Juruaudio Visual
  8. Pembantu Penyediaan Makanan
  9. Pembantu Pentadbir Tanah/ Penolong Pentadbir Tanah
  10. Pembantu Setiausaha Pejabat / Setiausaha Pejabat

13.

Klasifikasi P

  1. Penolong Pegawai Siasatan / Pegawai Siasatan

14.

Klasifikasi Q

  1. Pegawai Penyelidik
  2. Penolong Pegawai Penyelidik
  3. Pembantu Penyelidik

15.

Klasifikasi S

  1. Pegawai Arkib
  2. Perancang Bahasa
  3. Kurator
  4. Pegawai Psikologi
  5. Pegawai Antidadah
  6. Pustakawan
  7. Pegawai Penerangan
  8. Pegawai Belia dan Sukan
  9. Pegawai Perhubungan Perusahaan
  10. Pegawai Berita
  11. Pegawai Pembangunan Masyarakat
  12. Pegawai Hal Ehwal Islam
  13. Penolong Pustakawan
  14. Penolong Perancang Bahasa
  15. Penolong Pegawai Arkib
  16. Penolong Pegawai Psikologi
  17. Penolong Pegawai Belia dan Sukan
  18. Penolong Kurator
  19. Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam
  20. Penolong Pegawai Penerangan
  21. Penolong Pegawai Antidadah
  22. Penolong Pegawai Perhubungan Perusahaan
  23. Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat
  24. Wartawan
  25. Pembantu Belia dan Sukan
  26. Pembantu Arkib
  27. Pembantu Penerangan
  28. Pembantu Antidadah
  29. Pembantu Hal Ehwal Islam
  30. Pembantu Perhubungan Perusahaan
  31. Pembantu Pembangunan Masyarakat
  32. Pembantu Pustakawan
  33. Pembantu Muzium

16.

Klasifikasi T

  1. Pegawai Penguat Kuasa Maritim
  2. Pegawai Lain-lain Pangkat Penguat Kuasa Maritim

17.

Klasifikasi U

  1. Pengajar
  2. Pegawai Optometri
  3. Pegawai Dietetik
  4. Pegawai Farmasi
  5. Pegawai Pergigian
  6. Pegawai Pemulihan Perubatan
  7. Pegawai Perubatan
  8. Jurupulih Perubatan
  9. Penolong Pegawai Farmasi
  10. Juruteknologi Makmal Perubatan
  11. Juruteknologi Pergigian
  12. Juruterapi Pergigian
  13. Pembantu Pembedahan Pergigian
  14. Pembantu Kesihatan Awam
  15. Juruteknik Perubatan
  16. Jururawat Masyarakat
  17. Pembantu Perawatan Kesihatan
  18. Penolong Pegawai Perubatan
  19. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran/Pegawai Kesihatan Persekitaran
  20. Juru X-Ray
  21. Jururawat

18.

Klasifikasi W

  1. Juruaudit
  2. Akauntan
  3. Penguasa Kastam
  4. Pegawai Penilaian
  5. Penolong Penguasa Kastam
  6. Penolong Akauntan
  7. Penolong Juruaudit
  8. Penolong Pegawai Penilaian
  9. Pembantu Juruaudit
  10. Pembantu Akauntan
  11. Pembantu Tadbir (Kewangan)
  12. Pembantu Penguasa Kastam
  13. Pembantu Penilaian

19.

Klasifikasi Y

  1. Pegawai Kanan Polis
  2. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel Orang Asli
  3. Pegawai Rendah Polis dan Konstabel

20.

Klasifikasi Z

  1. Pegawai Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia
  2. Askar Laskar Angkatan Tetap, Angkatan Tentera Malaysia

Hubungi

  1. Encik Muhammad Amal bin Abu Bakar
    03-88854240
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  2. Puan Noradiana binti Mohd Ismail
    03-88854223
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

  3. Puan Zarina binti Zakaria
    03-8885 4237
    Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.