Terhad kepada maksimum lima (5) hari bagi setiap kes atau selama tempoh perakuan yang diberikan oleh mana-mana Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta mengikut mana yang lebih rendah, termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM.
- Contoh 1:Tempoh perakuan bermula 9 Mac 2022 hingga
18 Mac 2022 (10 hari, termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM)
Pegawai boleh menggunakan kemudahan CMAKP terhad kepada maksimum lima (5) hari sahaja sepanjang tempoh perakuan bagi satu kes kuarantin termasuk HARI REHAT MINGGUAN, HARI KELEPASAN MINGGUAN DAN HARI KELEPASAN AM. Dalam kes ini, pegawai boleh memohon CMAKP pada bila-bila masa dalam tempoh 9 Mac 2022 hingga 18 Mac 2022. CMAKP tersebut hendaklah digunakan maksimum 5 hari secara berturut-turut.
- Contoh 2:Tempoh perakuan bermula 9 Mac 2022 hingga
12 Mac 2022 (4 hari). Pegawai boleh menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin terhad kepada empat (4) hari sahaja sepanjang tempoh perakuan tersebut, walaupun kelayakan lima (5) hari.
- Contoh 3: Tempoh perakuan bermula 9 Mac 2022 hingga
18 Mac 2022 (10 hari). Pegawai hanya bercadang menggunakan kemudahan Cuti Kuarantin selama empat (4) hari sahaja demi kepentingan perkhidmatan walaupun kelayakan lima (5) hari. Oleh yang demikian, baki lima (5) hari tersebut tidak boleh dibawa ke hadapan bagi kes CMAKP yang lain.
.