Perenggan 4(c), PP22/2008 menyatakan kadar tambang meliputi keseluruhan kos tambang pengangkutan termasuk tambang kapal terbang yang merangkumi harga tiket penerbangan, cukai lapangan terbang, insurans penumpang dan surcaj bahan api.
Dalam hal ini, kos tambang pengangkutan yang dimaksudkan adalah termasuk Elaun Perjalanan Kenderaan atau Tambang Pengangkutan Awam yang ditanggung oleh pegawai bagi perjalanan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke lapangan terbang. Sekiranya pegawai memilih untuk menggunakan kenderaan sendiri, pegawai layak menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan bagi perjalanan dari tempat tinggal pegawai di wilayah berkhidmat ke lapangan terbang, namun kos tempat letak kereta di lapangan terbang adalah ditanggung sendiri oleh pegawai.